Harian Metro

Wanita AS dakwa dirogol di Pakistan

-

Islamabad: Polis Pakistan menahan dua individu selepas seorang wanita Amerika Syarikat (AS) melaporkan dia dirogol sekumpulan individu di sebuah hotel di Multan.

Wanita berusia 21 tahun itu mendakwa dirogol ketika sedang bercuti di sebuah resort yang terletak di timur wilayah Punjab, kata pegawai pada Rabu lalu.

Suspek termasuk seorang wanita itu dikatakan menghantar mangsa ke hotel di Dera Ghazi Khan, sebelum dia diserang secara seksual menurut laporan polis.

Wanita itu tiba di Pakistan, tiga minggu lalu namun identiti mangsa tidak didedahkan.

Polis memaklumka­n pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut bagaimana wanita itu dibawa ke hotel sehingga dirogol seorang daripada lelaki yang menghantar­nya. Wanita itu dikatakan tinggal selama lima hari di rumah seorang daripada penyerang.

Kedutaan AS di Islamabad dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah dimaklumka­n mengenai kejadian dan sudah menghantar konsulat di Lahore untuk bantuan lanjut. “Perlindung­an terhadap rakyat AS di luar negara akan tetap menjadi keutamaan tertinggi Jabatan Negara dan kedutaan serta konsulat. “Untuk melindungi privasi mangsa, kami tidak boleh mendedahka­n identitiny­a dan mengulas lanjut mengenai tuduhan itu,” katanya.

Penderaan seksual terhadap wanita Pakistan bukan perkara baharu namun kejadian membabitka­n wanita asing sangat jarang berlaku. - Agensi

“Untuk lindungi privasi mangsa, kami tidak boleh dedah identitiny­a Kedutaan AS di Islamabad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia