Harian Metro

Selamat tinggal An An

-

Hong Kong: An An, panda jantan paling tua di dunia dilaporkan mati di sebuah zoo di sini, pada usia 35 tahun, Khamis lalu.

Tahap kesihatan haiwan itu merosot sejak beberapa minggu lalu dan tidak aktif selain kurang selera makan.

Haiwan itu bagaimanap­un terpaksa ‘dimatikan’ oleh ahli veterinar menurut kenyataan Zoo Ocean Park.

Pengurusan zoo memaklumka­n, usia An An bersamaan 105 tahun umur manusia dan ia keputusan yang sukar untuk menamatkan riwayatnya namun sudah mendapat pandangan beberapa pakar.

Panda itu dilahirkan di kawasan hutan di wilayah Sinchuan sebelum dibawa ke Hong Kong bersama seekor lagi panda sempena ulang tahun kedua penyerahan bandar itu daripada Britain pada 1999.

An An bersama Jia Jia menghabisk­an sepanjang hayatnya di Ocean Park.

Jia Jia juga pemegang rekod panda paling tua di dunia yang hidup dalam kurungan, dan mati pada usia 38 tahun, enam tahun lalu.

Menurut Dana Hidupan Liar Dunia, purata umur bagi seekor panda antara 14 hingga 20 tahun saja. - AFP

 ?? ?? AN An panda jantan paling tua di dunia.
AN An panda jantan paling tua di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia