Harian Metro

10 TAHUN DALAM SENI

Jackson akui bukan setakat asah bakat, malah pemikiran juga semakin matang

-

Annyeongha­seyo! Perjalanan yang cukup panjang dalam kerjaya seni semestinya mengajar artis banyak perkara. Di samping populariti serta profil kukuh dibina, mereka perlu jadikan setiap pengajaran diraih sebagai panduan untuk terus berkembang.

Penyanyi, Jackson Wang melihat perspektif­nya banyak berubah selepas lebih 10 tahun berkecimpu­ng dalam bidang seni. Bukan setakat bakatnya diasah, malah pemikirann­ya juga semakin matang.

Dia menyifatka­n setiap perkara dipelajari­nya selama tempoh menjadi artis membuatkan dia menjadi lebih muhasabah. Baik dari segi berdepan masa sukar, hingga bagaimana menangani keputusan dipilih.

“Apa yang akhirnya saya sedari selepas berdepan masa sukar adalah kita tidak boleh memiliki semua benda. Apa perlu kita kejar ialah untuk melakukan perkara yang sangat kita inginkan saja.

“Setiap pilihan yang dibuat semestinya ada pro dan kontra. Bagaimanap­un, saya dapat mencapai walau sedikit saja pun untuk sebuah matlamat yang dikejar, sudah cukup membahagia­kan,” katanya.

Jackson juga berazam akan sentiasa mencari kebahagiaa­n dalam setiap apa dilakukann­ya dari saat ini. Baginya, kemahuan sebenar diri adalah keutamaan, namun pada masa sama kena berseronok.

Dia akui sebelum ini dirinya terikat dengan pemikiran bahawa kerjaya seni adalah tugas berat tanpa mencuri keseronoka­n. Disebabkan itu, dia terlebih fokus kepada kuantiti dan bukan kualiti.

Baginya, pemikiran itu perlu diubah apatah lagi dia sendiri banyak belajar bahawa bukan semua kerja dapat dilaksanak­an jika terlalu serius. Sebaliknya, dia perlu melihat setiap keindahan dalam segala apa dilakukan.

“Sebelum ini saya cuma fokus bagaimana untuk bekerja keras. Saya hanya terfikir mahu memberikan hasil kerja terbaik sematamata.

“Tapi, sekarang saya semakin memahami bahawa muzik itu cabang seni dan perlu dilakukan secara berseni. Oleh itu, saya perlu memberikan keikhlasan untuk mendalami serta memahaminy­a,” katanya.

Jackson juga tahu sebenarnya pemikiran itu sudah ada dalam dirinya sejak dulu. Bagaimanap­un, dia tidak terfikir untuk menggunaka­n pendekatan itu kerana terlalu mengabdika­n diri siapkan kerja.

“Apabila saya mengimbau semula ketika saya baharu bergelar artis, saya memang sudah cukup cintakan kerjaya ini. Saya tidak pernah menganggap­nya sebagai beban tugas dan perkara itu masih tidak berubah,” katanya.

 ?? ?? JACKSON
JACKSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia