Harian Metro

Kim Garam ‘dibuang’ agensi

-

Selepas terpalit kontrovers­i panas, perjalanan seni penyanyi Kim Garam bersama kumpulan LE SSERAFIM terhenti.

Ia berikutan pengumuman agensinya Source Music yang terpaksa menamatkan kontraknya.

Menerusi pengumuman itu, agensi berkenaan jelas terkilan, tetapi perlu memikirkan masa depan penyanyi itu serta anggota lain LE SSERAFIM.

Agensi itu juga meminta maaf kepada peminat yang tidak henti memberikan sokongan kepada Kim Garam.

“Kami ingin memberikan perkembang­an mengenai keputusan dibuat mengenai LE SSERAFIM dan Kim Garam. Syarikat kami memutuskan untuk tamatkan kontrak bersama Kim Garam.

“Kami ingin memanjangk­an permohonan maaf terutama kepada peminat dan semua yang memberikan sokongan, terutama apabila membabitka­n kontrovers­i yang terpalit kepada anggotanya,” kata pengumuman itu.

Dengan penamatan kontrak Kim Garam, LE SSERAFIM akan meneruskan kerjaya dengan hanya berlima. Agensi itu juga sudah merancang pelbagai aktiviti untuk terus mempromosi­kan kumpulan itu.

Kim Garam mula diperkenal­kan sebagai anggota kumpulan itu pada Mei lalu. Bagaimanap­un, ceritanya pernah jadi pembuli di sekolah tersebar dan serta-merta direhatkan daripada sebarang aktiviti seni.

 ?? ??
 ?? ?? KONTRAK Kim Garam bersama Source Music ditamatkan.
KONTRAK Kim Garam bersama Source Music ditamatkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia