Harian Metro

Puas impian mengarah tercapai

-

Pelakon, Jung Woo Sung melebarkan sayap dalam bidang produksi apabila kini bergelar pengarah.

Woo Sung yang berpengala­man selama puluhan tahun sebagai pelakon sudah menyimpan impian menjadi pengarah sejak kecil.

Mengarah dan berlakon untuk filem terbaharun­ya berjudul Guardian, dia akui bukan mudah terutama dari segi ketahanan badan, namun dia seronok.

“Kepenatan itu lebih dua atau tiga kali terasa berbanding sekadar berlakon saja. Tapi, kalau saya ingat-ingat semula, ia sangat menyeronok­kan. Saya suka menikmati semua proses bermula dari praproduks­i.

“Ini adalah impian yang saya tanam sejak usia muda. Kini akhirnya ia menjadi kenyataan dan saya tidak menafikan kepuasan yang dirasa benar-benar luar biasa,” katanya.

Selain Guardian, Woo Sung juga sempat berkongsi mengenai pembabitan­nya dalam filem Hunt.

Lebih menarik, naskhah itu mendapat sentuhan rakan karibnya, Lee Jung Jae yang turut membintang­inya.

“Hunt merungkai kepercayaa­n antara dua watak yang diletakkan dalam sistem kurang menyenangk­an. Selepas menontonny­a, ia akan membuatkan kamu berfikir mendalam mengenai pilihan dibuat dua watak berkenaan,” katanya.

Hunt berkisar anggota perisikan yang membuat penyamaran bagi memburu perisik dari Korea Utara.

 ?? ?? WOO Sung seronok mengarah dan berlakon.
WOO Sung seronok mengarah dan berlakon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia