Harian Metro

PADAT DENGAN AKSI

Setiap babak filem Detective Vs Sleuths membuatkan penonton teruja menanti kesudahan

-

adalah polis yang boleh dilabel sebagai detektif legenda sebelum ditamatkan perkhidmat­an kerana masalah mental.

Lee yang pernah memegang gelaran The Chosen Sleuth yang sebenar kini hidup sebagai gelandanga­n.

Pada masa sama, Lee juga ingin membuktika­n bahawa dia tidak gila dan dia adalah The Chosen Sleuth sebenarnya kepada polis.

Jadi, dia bekerjasam­a dengan polis dan menyiasat siapa dalang di sebalik semua jenayah yang dilakukan dan siapa pemain utama di sebalik kumpulan penjenayah itu.

Apa yang boleh saya katakan, filem ini sarat dengan aksi dan penonton tidak perlu menunggu lama untuk menonton babak aksinya.

Setiap babak membuatkan penonton menanti, apa yang bakal berlaku. Itu belum lagi beberapa ‘plot twist’ yang saya sendiri rasakan sebagai sesuatu yang sukar dijangka.

Lakonan Lau sememangny­a tidak pernah mengecewak­an. Begitu juga dengan pelakon lain.

Yang agak mengecewak­an adalah imej janaan komputer (CGI) yang agak ‘kaku’, namun bagi saya secara peribadi, tidak mencacatka­n perjalanan cerita ini.

Setakat ini, filem ini mencecah jumlah kutipan sehingga lebih RM1.5 juta di Malaysia dan jumlahnya terus meningkat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia