Harian Metro

CERIA KERTAS DINDING LAWA

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Jurutera sebuah syarikat swasta tidak menyangka niat ‘saja-saja’ menyertai peraduan yang hanya memerlukan­nya menjawab beberapa soalan membuahkan hasil apabila dipilih menjadi pemenang Peraduan Lamexwall dengan kerjasama Harian Metro.

Menerusi peraduan itu, Ahmad Azfian Abd

Aziz, 43, menerima lapan gulung kertas dinding dengan rekaan dipilih sendiri olehnya berserta pemasangan secara percuma bernilai RM15,000.

Ahmad Azfian berkata, selain ingin mencuba nasib, dia menyertai peraduan berkenaan kerana tertarik dengan hadiah yang ditawarkan.

Menurutnya, dia juga sama sekali tidak menaruh harapan kerana sepanjang menyertai peraduan, dia tidak pernah menang.

“Ketika melihat peraduan ini di akhbar Harian Metro, saya sangat tertarik dengan hadiah ditawarkan. Kebetulan ketika itu, saya dan isteri mempunyai niat menukar kertas dinding yang sudah lama dipakai.

“Jadi, saya berpendapa­t tidak salah untuk mencuba. Kalau ada rezeki, Alhamdulil­lah,” katanya di rumahnya.

Ahmad Azfian berkata, ketika dimaklumka­n mengenai kemenangan­nya itu, sukar untuk dia mempercaya­inya dan menganggap ia berita palsu.

“Ketika diberitahu, saya memang tidak percaya. Maklumlah sekarang banyak panggilan palsu selain saya sendiri sudah lupa mengenai penyertaan dalam peraduan ini.

“Namun, Alhamdulil­lah rezeki memihak kepada saya. Kemenangan ini juga cukup bermakna buat anak-anak kerana mereka yang banyak memberikan jawapan dan saya hanya membantu serta memberi semangat.

“Anak-anak juga tidak percaya akan kemenangan itu sehingga mereka melihat sendiri kertas dinding ini yang siap dipasang selepas balik dari asrama.

“Terima kasih

Lamexwall dan Harian Metro kerana membawakan kertas dinding yang tidak hanya cantik dan berkualiti, tetapi ia memberikan keceriaan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Ahmad Azfian tidak hanya menerima lapan gulung kertas dinding, tetapi dia juga boleh memilih sendiri rekaan dikehendak­i selain perkhidmat­an pemasangan secara percuma.

Menurut bapa kepada enam cahaya mata itu, sebelum kertas dinding itu dipasang, cabaran yang perlu ditempuhi adalah memilih kertas dinding.

“Selepas diumum sebagai pemenang, saya perlu memilih rekaan kertas dinding pula secara dalam talian. Jujurnya terlalu banyak jenis dan rekaan menarik yang ditawarkan Lemaxwall sehingga rambang mata dibuatnya.

“Memandangk­an isteri saya yang banyak menghabisk­an masa di rumah, jadi saya serahkan pemilihan rekaan, corak dan warna kepadanya,” katanya yang sukakan kertas dinding yang ringkas, tetapi menarik.

Sudah beroperasi sejak 29 tahun lalu dan memiliki

Dengan kertas dinding ia boleh dipasang pada sudut yang kita inginkan dan paling menarik ia memberikan keceriaan dan mengharmon­ikan suasana AHMAD AZFIAN

kilang sendiri, Lamexwall bekerjasam­a dengan pereka tempatan dan antarabang­sa untuk rekaan pilihan ramai.

Bukan itu saja, Lamexwall juga bekerjasam­a dengan pereka antarabang­sa dari United Kingdom, Filipina dan Taiwan. Oleh itu, pelanggan tidak perlu risau mengenai corak dan serta berkaitan bekalan.

Sebagai pengguna kertas dinding lebih daripada 10 tahun, Ahmad Azfian berkata, penggunaan kertas dinding ini mampu memberi impak untuk menceriaka­n rumah berbanding cat.

“Kalau cat, kita akan cat di seluruh dinding rumah. Tapi, dengan kertas dinding ia boleh dipasang pada sudut yang kita inginkan dan paling menarik ia memberikan keceriaan dan mengharmon­ikan suasana.

“Jika berkaitan pemasangan pula, pendapat saya adalah baiknya kita menggunaka­n perkhidmat­an pemasangan yang khusus dalam memasang kertas dinding.

“Ini kerana mereka sangat berkemahir­an dan profesiona­l, sekali gus menjadikan kertas dinding yang dipasang di rumah akan lebih kemas dan cantik seperti yang kita inginkan,” katanya.

 ?? ?? AHMAD Azfian bersama anak-anak di rumah mereka.
AHMAD Azfian bersama anak-anak di rumah mereka.
 ?? ?? AHMAD Azfian bergambar berlatarka­n kertas dinding yang dimenangin­ya.
AHMAD Azfian bergambar berlatarka­n kertas dinding yang dimenangin­ya.
 ?? ?? KEGEMBIRAA­N jelas terpancar di wajah Ahmad Azfian dan anak-anak sebagai merakam kenangan berlatarka­n kertas dinding.
KEGEMBIRAA­N jelas terpancar di wajah Ahmad Azfian dan anak-anak sebagai merakam kenangan berlatarka­n kertas dinding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia