Harian Metro

MISS WIWI CHAMP MENCERIAKA­N

Jadi badut dorong Dewi terus gembira untuk menggembir­akan orang lain

-

Bagi Miss Wiwi Champ atau nama sebenarnya Dewi Mohd Isa, 43, biarpun sudah beberapa jam berdiri, namun kegembiraa­n kanak-kanak itu memberi ‘tenaga’ kepadanya untuk terus melayan pelbagai kerenah kanak-kanak yang inginkan perhatiann­ya.

Dewi yang berasal dari Johor Bahru, Johor itu berkata, dia memilih untuk menjadi badut wanita kerana sukakan kanakkanak.

Katanya, melihat wajah ceria kanakkanak memberi kepuasan tersendiri kepadanya kerana berjaya menghiburk­an mereka.

“Sebenarnya tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk menjadikan badut sebagai kerjaya. Tambahan pula agak sukar untuk melihat badut wanita.

“Saya tertarik dengan kemampuan badut menghiburk­an orang ramai. Oleh itu, saya mencabar diri sendiri untuk menjadi badut.

“Pada mulanya saya buat secara sampingan sahaja sambil belajar dengan rakan badut lain. Apabila semakin seronok, saya buat keputusan untuk buat sepenuh masa,” katanya yang pernah bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat nilai harta selama 17 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia