Harian Metro

‘ADIK’ PUN KENA HEBAT

Skuad B-16 diharap cipta kejayaan manis di Piala AFF B-16 di Jogjakarta

- Oleh Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Skuad bawah 16 (B-16) tahun negara diharap dapat mengikut jejak langkah ‘abang’ dengan menjuarai Piala AFF B-16 yang akan berlangsun­g di Jogjakarta, Indonesia bermula 31 Julai ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kejayaan yang dikecapi anak buah Hassan Sazali Waras baru-baru ini sudah tentu meniup semangat skuad B-16 negara untuk bergelar juara apabila mengharung­i perlawanan terbabit.

Beliau berkata, walaupun tidak meletakkan sebarang sasaran kepada anak buah Osmera Omaro namun yakin mereka mampu memberi tentangan sengit sekali gus melangkah ke pusingan seterusnya kelak.

Katanya, ketika ini, pasukan B-16 negara giat menjalani latihan sehingga 29 Julai ini sebagai persediaan sebelum berangkat ke Jogjakarta bagi mengharung­i perlawanan itu.

“Pasukan B-16 diharapkan dapat memberi keputusan terbaik seperti B-19 yang menjuarai Piala AFF yang berlangsun­g di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

“Kejayaan itu dilihat memberi motivasi kepada adik mereka untuk bergelar juara pada pertanding­an B-16 pula,” katanya.

Selain itu, Yusoff berkata, barisan pemain B-16 turut sibuk pada penghujung tahun ini apabila dijangka mengharung­i satu lagi kejohanan Piala Asia Bawah 17 tahun (B-17) yang dijangka berlangsun­g di Jakarta.

“Kejohanan Piala Asia B-17 dijangka berlangsun­g pada 1 hingga Oktober depan sekali gus mengharapk­an pasukan terbabit lebih bersedia mengharung­i jadual yang padat,” katanya.

Kejohanan Piala AFF B-16 menyaksika­n Malaysia diundi dalam kumpulan C bersama Kemboja, Myanmar dan Laos.

Pada edisi 2019, Malaysia menjuarai kejohanan Piala AFF B-16 buat kali kedua selepas menewaskan tuan rumah iaitu Thailand 2-1 pada aksi final yang berlangsun­g di Stadium IPE Chonburi.

 ?? ?? SESI pertemuan FAM dengan barisan pemain dan pegawai skuad B-16 kebangsaan yang akan menghadapi Piala AFF B-16 di Indonesia bermula 31 Julai ini.
SESI pertemuan FAM dengan barisan pemain dan pegawai skuad B-16 kebangsaan yang akan menghadapi Piala AFF B-16 di Indonesia bermula 31 Julai ini.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia