Harian Metro

Arcadin berang tuduhan liar Khalid

-

Kuala Lumpur: Penyelengg­ara Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, Arcadin Services Sdn Bhd menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad berhubung isu venue terbabit.

Khalid sebelum ini mendakwa pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City) terpaksa ‘merempat’ berlatih di padang di Pudu Ulu selepas tidak dibenarkan menjalani latihan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras.

Menerusi satu kenyataan media, Arcadin menegaskan pihaknya sudah membuat laporan polis mengenai dakwaan yang disifatkan berunsur fitnah itu.

“Segala dakwaan itu adalah tidak tepat dan berunsur fitnah dengan memberi laporan yang salah kepada pihak media bagi memberi tanggapan buruk ke atas pentadbira­n Arcadin di dalam pengurusan stadium.

“Susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak Arcadin pada 13 Julai 2022 ke atas tuduhan tersebut oleh pihak KLFA. Pihak Arcadin menyerahka­n perkara ini kepada pihak polis untuk mengambil tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Pengesahan pihak Arcadin itu sekali gus mengiyakan laporan Arena Metro Jumaat lalu yang turut disahkan Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar.

Untuk rekod, Arcadin adalah syarikat pentadbir urus kompleks Stadium Bolasepak Kuala Lumpur yang bertanggun­gjawab di atas pengurusan dan penyelengg­araan aset dan kemudahan kompleks stadium dan padang bola sepak sejak Julai 2021.

Arcadin mendapatka­n hak pengurusan kompleks Stadium Bolasepak Kuala Lumpur dari pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan matlamat untuk menyediaka­n kemudahan stadium terbaik kepada pengguna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia