Harian Metro

Selangor tak rela rebah di Likas

- Oleh Firdaus Hashim firdaushas­him@ hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tiga serangkai penyerang Selangor FC tampak sedia untuk diturunkan dalam aksi wajib menang menentang Sabah FC dalam suku akhir Piala FA di Stadium Likas, malam ini.

Trio hadapan skuad Red Giants iaitu Herlison Caion, Hyuri Henrique dan Shahrel Fikri akan dipertaruh­kan dalam misi merobek gawang Sabah yang diakui antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Super musim ini.

Bagi memastikan jentera hadapan benar-benar menyengat untuk aksi kalah mati itu, pengendali Selanngor, Michael Feichtenbe­iner akui menjadikan dua perlawanan Liga Super ketika menang 2-0 ke atas Penang FC dan seri 1-1 berdepan Kuala Lumpur City FC sebagai medan percubaan.

Katanya, dalam dua aksi itu sebelum ini, beliau sudah menggunaka­n ketiga-tiga penyerang itu bagi persediaan bertemu Sabah di mana Feichtenbe­iner mengharapk­an trio berkenaan tampil tajam di depan gawang lawan.

Untuk rekod, ketika aksi dengan Penang FC, gandingan Caion dan Shahrel dipertaruh­kan manakala ketika perlawanan Hyuri pula diturunkan dengan Shahrel.

“Ini sebahagian daripada taktikal (merehatkan Caion), selepas aksi terakhir saya merasakan Eki (Shahrel) dalam prestasi terbaik dan juga Hyuri cukup cergas…dan untuk tiga aksi dalam seminggu kita ada (menentang) Penang FC, kita ada KL dan Sabah (malam ini).

“Saya mahu gunakan tiga penyerang ini (menentang Sabah) dan ia adalah sebahagian daripada taktikal, dan sebab itu dia (Caion) bermula di bangku simpanan,” katanya.

Sementara itu, jurulatih dari Jerman itu mengakui bukan mudah untuk menundukka­n skuad The Rhinos yang kini berada pada tahap terbaik dan ia dibuktikan dengan kedudukan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu di tangga kedua Liga Super ketika ini.

“Mereka lalui dua aksi sukar di halaman sendiri, mereka tunjukkan aksi yang menakjubka­n menentang JDT, di mana mereka tewas dengan jaringan di hujung permainan.

“Mereka menang dengan Terengganu yang juga pasukan kuat dan saya fikir Sabtu ini akan berlangsun­g satu perlawanan sengit.

“Tapi dalam Piala FA hanya ada satu sasaran iaitu perlu mara ke pusingan seterusnya dan kami mahu melangkah ke separuh akhir dan perlu menang dengan Sabah,” katanya.

Selangor adalah pemenang Piala FA paling banyak bersama Kedah apabila sudah menjulang sebanyak lima kali iaitu pada 1991, 1997, 2001, 2005 dan 2009.

Manakala Sabah pula pernah menjuarain­ya sekali pada 1995.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia