Harian Metro

PELUANG 'MASYUK'

Kelab Liga M sambut baik penstruktu­ran semula

-

Kuala Lumpur

Rakan kongsi Liga Malaysia (Liga M) menyambut baik penstruktu­ran semula liga itu yang dilaksanak­an oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam memastikan saingan liga yang lebih berdaya saing bermula musim depan.

Penstruktu­ran semula piramid bola sepak domestik itu diputuskan hasil persetujua­n dalam Mesyuarat Luar Biasa (EGM) membabitka­n enam aspek utama termasuk saingan Liga Super yang akan membabitka­n penyertaan 18 pasukan berbanding 12 pasukan pada musim ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menyifatka­n pertambaha­n pasukan bakal menyaksika­n pertambaha­n perlawanan sekali gus akan memberi impak positif terutama kepada aspek nilai komersial.

“Saya setuju dengan penambahan 18 pasukan di mana ini adalah keputusan sangat baik untuk melihat perlawanan dalam liga lebih banyak berlangsun­g.

“Lagi satu kita bayar gaji pemain pun bukan murah, jadi kalau boleh kita nak tengok mereka beraksi setiap perlawanan, sebab apabila kita mengadakan perlawanan, itulah masanya untuk kita menjana balik pendapatan.

“Setiap perlawanan itu ibarat macam kita mengadakan acara dan program di mana orang dapat datang stadium, jual jersi, dapat menemukan penyokong dan pemain, selain hasil penyiaran pun dapat berjalan lebih banyak.

“Jadi, banyak benda bagus apabila lagi banyak pasukan beraksi di mana Liga Super ini sebenarnya patut kita banggakan untuk dinaikkan taraf,” katanya.

Dalam pada itu, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman pula menganggap ini adalah masa tepat untuk semua pasukan mengambil langkah berani dalam mengembang­kan lagi persaingan di pentas Liga Super dengan penambahan sebanyak 18 pasukan.

Jelasnya, MFL membuat satu keputusan yang cukup positif untuk meletakkan saingan Liga M berada setaraf dengan liga luar negara.

“Bola itu ibarat satu perniagaan, kalau kita ada aksi di laman sendiri pada saya bagus untuk pendapatan kelab dan juga baik untuk pemain sebab kalau tak banyak perlawanan, bosan juga.

“Bagi saya, bila ada 12 pasukan sahaja, tak sampai lagi tahap untuk berada setaraf di antarabang­sa sebab kebanyakan pasukan di ranking 50 dan 100 dunia pun, purata lebih kurang 17 hingga 18 pasukan yang bertanding.

“Jadi kenapa kita nak main dengan 12 pasukan sahaja dan inilah benda yang kami sambut baik daripada MFL”, kata Norizam

Beliau berkata, Kelantan FC yang kini menduduki tangga teratas Liga Perdana menyasarka­n keuntungan lebih besar pada jangka panjang dan peluang itu tampak lebih cerah dengan penstruktu­ran Liga M.

Norizam berkata, Kelantan FC mampu menjana pendapatan RM8 juta hingga RM10 juta selain tajaan syarikat luar dengan penambahan 34 perlawanan liga.

Selain penambahan pasukan di Liga Super, antara aspek lain yang turut diputuskan adalah saingan Liga Perdana akan dimansuhka­n dalam tempoh tertentu dan Liga Simpanan akan diperkenal­kan.

MFL juga menetapkan format baharu pendaftara­n sembilan pemain import diberikan kepada kesemua pasukan Liga Super bermula musim depan di mana MFL masih kekal dengan hanya membenarka­n lima pemain import di atas padang pada satu-satu masa dengan hanya tambahan seorang pemain di bangku simpanan.

Seterusnya adalah format Piala FA dan Piala Malaysia akan dirumus semula dengan peningkata­n perlawanan liga dan juga perubahan kalendar Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) musim depan dan akhir sekali penstruktu­ran semula dan peningkata­n perlawanan Piala Belia dan Piala Presiden bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

 ?? ?? DR Johan
DR Johan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia