Harian Metro

Tunggu Pan-gon balik

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan menunggu kepulangan jurulatih skuad senior, Kim Pan-gon dari luar negara sebelum mengumumka­n pengganti Brad Maloney sebagai pengendali skuad bawah 23 (B-23) negara.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, pihaknya tetap akan mengambil pandangan Pan-gon berhubung individu tepat untuk mengisi jawatan berkenaan.

Katanya, buah fikiran jurulatih dari Korea Selatan itu perlu kerana ia membabitka­n kesinambun­gan yang perlu wujud bermula daripada skuad B-23 agar dapat selaras dengan skuad senior.

“Jawatankua­sa Teknikal dan Pengarah Teknikal (Scott O’Donell) juga akan memberikan pandangan dia mengenai pelantikan ini. Tentu sekali pemilihan ketua jurulatih B-23 akan membabitka­n Pan-gon.

“Seperti sedia maklum bahawa kita mahukan pasukan B-23 ini selari dengan skuad kebangsaan. Jadi, jawatankua­sa teknikal dan jawatankua­sa pasukan kebangsaan memang dalam peringkat perbincang­an setakat ini.

“Tetapi ‘coach’ Pan-gon masih belum balik, jadi kita tunggu dia balik, diberitahu dalam sehari dua mungkin dia akan sampai ke sini semula.

“Waktunya (pengumuman rasmi) saya tak dapat nak beritahu sampai bila tetapi diharapkan seberapa cepat yang boleh. Kita pun tak mahu terlalu cepat sebab takut tersalah buat keputusan pula nanti. Jadi keputusan itu mahu seberapa cepat dan tepat,” kata Yusoff yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Pasukan Kebangsaan.

Setakat ini, tiga nama disebut-sebut antaranya dua dari Korea Selatan iaitu Kim Dong-jin dan Kim Hak-bum, sementara seorang lagi adalah jurulatih B-19 negara, Hassan Sazali Waras.

Maloney melepaskan jawatan lebih awal selepas mencapai persetujua­n bersama FAM susulan prestasi longlai skuad B-23 negara di tiga kejohanan iaitu Piala AFF di Kemboja, Sukan Sea Vietnam dan Piala AFC di Uzbekistan yang kesemuanya berlangsun­g dari Februari hingga bulan lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia