Harian Metro

Tidak mahu terburu-buru

-

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Hassan Sazali Waras tidak mahu terburu-buru membuat keputusan seandainya menerima tawaran ‘kenaikan pangkat’ untuk melatih pasukan bawah 23 (B-23) tahun negara.

Bukannya goyah dengan tanggungja­wab lebih besar, Hassan Sazali berkata, beliau mahu mengetahui terlebih dahulu hala tuju pasukan B-23 terbabit sebelum bersetuju dengan tawaran terbabit.

Beliau berkata, ketika ini fokusnya adalah mempersiap­kan barisan pemain skuad B-19 negara yang akan mengharung­i satu lagi kejohanan membabitka­n Kelayakan Piala Asia hujung tahun ini.

“Saya menghargai jika menerima tawaran secara rasmi namun sehingga kini tiada apa-apa atau penawaran untuk dilantik sebagai jurulatih B-23 negara.

“Pada masa sekarang, saya ada tugasan yang perlu diselesaik­an membabitka­n pasukan B-19 negara. Saya menyerahka­n kepada kepada pihak pengurusan dan jawatankua­sa teknikal untuk menentukan siapa bakal mengisi kekosongan itu.

“Apa yang boleh saya katakan, saya kena tengok tawaran itu kerana perlu tahu apa penanda aras yang diletakkan kerana perkara itu harus dibincangk­an,” katanya.

Sebelum ini, Arena Metro melaporkan timbul desasdesus kemungkina­n Hassan Sazali bakal naik pangkat dengan mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalk­an Brad Maloney.

Nama Hassan Sazali berlegar dalam kalangan penyokong bola sepak tanah air selepas beliau menyinar di Piala AFF B-19 dengan membawa pasukan menjuarai kejohanan terbabit yang berlangsun­g di Indonesia barubaru ini.

Malah, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar ketika ditanya mengenai soalan terbabit turut dilihat seperti bermain tarik tali apabila menjelaska­n tidak mustahil pengendali tempatan itu mengisi jawatan terbabit.

Walaupun sehingga kini FAM belum lagi memutuskan siapa yang layak mengisi jawatan itu, Saifuddin berkata, individu terbabit akan diumumkan dalam tempoh terdekat selepas melakukan perbincang­an bersama ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia