Harian Metro

Boleh jana wang tambahan

-

Kuala Lumpur: Pertambaha­n pasukan Liga Super kepada 18 kelab musim depan sudah tentu membabitka­n pertambaha­n kos, namun pada masa sama boleh menjana ‘wang saku’ tambahan kepada pasukan khususnya yang memiliki kelompok penyokong besar.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam menjelaska­n keputusan badan pengendali liga itu untuk melakukan penstruktu­ran semula Liga Super bermula musim depan bakal menjana perniagaan menguntung­kan pelbagai pihak.

“Kira-kira 70-90 peratus kos setiap pasukan adalah gaji. Dengan pertambaha­n perlawanan, ini adalah peluang untuk pasukan menjana pendapatan bagi menampung 90 peratus bagi pembayaran gaji pemain itu.

“Pertambaha­n perlawanan di tempat sendiri dan tempat lawan serta perlawanan lain lagi, ini adalah potensi perniagaan yang saya harap boleh dilihat oleh pihak lain.

Pasukan yang ada kelompok penyokong besar menantikan perlawanan yang lebih banyak.

“Pembayaran gaji pun memang sudah komited untuk 11 bulan jadi sebenarnya tidak banyak berubah untuk kos pembayaran gaji mereka (selepas penstruktu­ran Liga Super 2023)," katanya.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan jurulatih berpengala­man, Azraai Khor Abdullah melihat penambahan pasukan Liga Super bermula musim depan memberi kesan kepada kewangan pasukan hingga boleh menyebabka­n berlakunya masalah seperti tunggakan gaji.

Walaupun dilihat idea berkenaan cukup baik dan positif, Azraai menggangga­p kesediaan pasukan untuk memberi komitmen kepada perjalanan liga yang lebih panjang serta pertambaha­n kos perlu dipertimba­ngkan MFL bagi memastikan tiada masalah timbul selepas pelaksanaa­nnya nanti.

Dalam perkembang­an lain, Presiden

MFL. Datuk

Ab Ghani Hassan berkata, Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)MSN yang ketika ini bersaing dalam Liga Perdana akan menyertai pasukan Liga Simpanan musim depan.

“Skuad Projek FAMMSN ini adalah skuad pembanguna­n di peringkat FAM itu sendiri maka kita kekalkan dalam Liga Simpanan.

“Tujuan kita adakan pelapis adalah untuk menyemarak­kan bola sepak negara dan pelapis ini penting untuk kita sediakan skuad B-23 negara," katanya.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia