Harian Metro

PakPejaber­bakat

-

Kuala Lumpur: Bukan sahaja berbakat di arena politik dan nyanyian, kini Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mula menunjukka­n taringnya dalam bidang lakonan pula.

Ia dapat disaksikan menerusi kemunculan istimewany­a dalam satu babak teaser drama Ratu Ten Pin 2: Shalin yang mula disiarkan kelmarin.

Menerusi babak pendek selama 31 saat itu, Ahmad Faizal dilihat menjadi hero dengan cuba menyelamaw­atak tkan Shalin Zulkifli lakonan Jasmin Suraya daripada dibaling telur oleh peminat yang tidak berpuas hati dengan prestasi atlet itu.

Beliau yang membawakan watak Pak Peja dalam drama itu dilihat benar-benar menghayati wataknya itu sehinggaka­n nampak tidak kekok berlakon di depan kamera. Hafiz Zaini menulis di Facebook: "Wow serba boleh peja. Lagu raya dah ada sekarang berlakon pulak. Nice penghayata­n watak tu ada hahaha. Mungkin boleh pertimbang­kan untuk berada sepenuhnya dalam industri hiburan."

Mohd Shah Khamis pula menulis: "Lakonan masih boleh diperbaiki lagi. Kena masuk kelas lakonan."

Drama terbitan pelakon hebat Sheila Rusly itu disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam di sebuah stesen televisyen berbayar.

Ahmad Faizal sebelum ini pernah membuat penampilan dalam sebuah lagu hari raya berjudul 'Moh Beraya' berganding­an dengan penyanyi popular, Jamal Abdillah serta Shiha Zikir.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia