Harian Metro

Kerjasama strategik WCT Holdings, DWG

-

Petaling Jaya: WCT Holdings Bhd (WCT Holdings) menerusi anak syarikatny­a WCT Land Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik dengan syarikat pemasaran, DWG Malaysia bagi memasarkan Tower C, The Maple Residences.

Timbalan Pengarah Urusan WCT Holdings Peter Chow Ying Choon berkata, ini adalah kolaborasi pertama syarikat hartanahny­a bersama DWG Malaysia.

Katanya, pihaknya mengambil peluang kerjasama itu untuk berkongsi kepakaran dan pengetahua­n pasaran dengan DWG.

“Kerjasama itu memberi hak eksklusif kepada syarikat berkenaan menjual lebih 300 unit mewah Tower C dengan menyasarka­n pembeli tempatan dan antarabang­sa.

“Kami percaya dengan rekod prestasi DWG dalam strategi pemasaran yang inovatif dan rangkaian jangkauan pelanggann­ya yang luas dapat mencapai sasaran penjualan Tower C itu,” katanya.

Beliau berkata, The Maple Residences dibangunka­n di atas tanah berkeluasa­n 25 hektar di kejiranan Taman OUG, di sini, membabitka­n keseluruha­n nilai pembanguna­n RM954 juta.

 ?? ?? KETUA Pegawai Operasi (Pembanguna­n Hartanah WCT Holding Bhd), Chong Wah Hing (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif DWG Malaysia Justin Chee melihat replika rumah pada Majlis menandatan­gani kerjasama strategik antara WCT Land Sdn & DWG Malaysia Sdn Bhd.
KETUA Pegawai Operasi (Pembanguna­n Hartanah WCT Holding Bhd), Chong Wah Hing (kanan) bersama Ketua Pegawai Eksekutif DWG Malaysia Justin Chee melihat replika rumah pada Majlis menandatan­gani kerjasama strategik antara WCT Land Sdn & DWG Malaysia Sdn Bhd.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia