Harian Metro

THT tak ambil mudah walaupun menang dua kali

-

Kuala Terengganu: Kemenangan dalam dua aksi awal ke atas Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Nurinsafi Sporting menjadi penanda aras Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus mencengkam kedudukan teratas Liga Hoki Malaysia (MHL).

Bagaimanap­un, pertahanan kental skuad The Turtles itu, Mohamad Sukri Abdul Mutalib enggan mengambil mudah sebaliknya tetap berwaspada pada pertemuan ketiga menentang UiTM HA di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Jelas bekas kapten skuad kebangsaan itu, elemen kejutan dalam setiap perlawanan boleh terjadi jika pemain tidak fokus selain memandang sebelah mata kepada pasukan lawan.

Justeru pemain berpengala­man yang membuat 351 penampilan bersama skuad kebangsaan dan tahun kedua bersama THT itu tidak rela dimalukan walaupun sedar kelebihan memihak kepada skuadnya yang dibimbing jurulatih kelahiran Korea Selatan, Seo Jongho.

“Atas kertas kelebihan dilihat memihak kepada pasukan kami terutama dengan kehadiran pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan, Jan Jonghyun selain ramai pemain berpengala­man dalam pasukan.

“Tambah mengukuhka­n keadaan, kami merakam kemenangan dalam dua aksi terdahulu menumpaska­n TNB 4-3 dalam aksi Piala Sumbangsih dan membelasah Nurinsafi Sporting 7-1.

“Bagaimanap­un saya ingatkan diri dan rakan sepasukan agar tidak ambil mudah cabaran UiTM HA kerana kelab itu antara pencabar utama pada musim ini dan tahun lalu mereka menumpaska­n Maybank yang jelas menunjukka­n mereka begitu serius.

“Jadi kami tiada pilihan l selain perlu fokus bermula wisel pertama ditiupkan pengadil, mengikut perancanga­n dan taktikal jurulatih selain perlu ambil setiap peluang terhidang untuk menjaringk­an gol bagi mengutip mata kesembilan," katanya.

THT yang turut diperkuatk­an dua lagi pemain import dari Korea Selatan iaitu Choi Hoil dan Yoo Seung Ho serta empat tonggak skuad Piala Dunia 2023 kebangsaan kini gah di tangga teratas liga dengan mengutip enam mata.

Skuad itu menyasarka­n kejuaraan treble pada musim ini selepas hanya merangkul juara berganda musim lalu selepas terlepas Piala TNB di tangan pasukan TNB.

 ?? ?? MOHAMAD Sukri
MOHAMAD Sukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia