Harian Metro

Dijel tujuh tahun kerana curi RM77

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri am@hmetro.com.my

Kuala Kangsar: Seorang penoreh getah yang juga bekas banduan dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah melakukan pecah rumah menyebabka­n kerugian RM77, Ahad lalu.

Hakim Rohaida Ishak menjatuhi hukuman itu terhadap tertuduh, Abdul Naaim Abu Bakar, 38, sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, lelaki itu melakukan kegiatan pecah rumah dan mencuri wang tunai RM77 milik seorang wanita berumur 39 tahun kira-kira jam 1.10 pagi, 8 Oktober lalu di sebuah rumah di Felda Bersia di Gerik.

Susulan itu tertuduh dihukum mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun termasuk sebatan.

Pendakwaan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarka­n fakta kes dibacakan, tertuduh ditangkap pada waktu kejadian itu juga susulan mangsa menyedari tertuduh tersekat di ruangan tingkap dapur ketika cuba melarikan diri.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangk­an tertuduh, sebelum ini juga pernah disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 457 KK dan dipenjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Gerik pada 2 Januari 2021.

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mencuri dua jam tangan mewah milik suaminya dua tahun lalu.

Tertuduh, Mou Ei Leen @Eileen Mou, 41, dari Kuantan, Pahang membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.

Wanita itu yang dalam proses perceraian dengan suaminya dituduh mencuri seutas jam tangan Rolex Sky Dweller serta seutas jam tangan Rolex GMT Master-II 9,

Tertuduh didakwa melakukann­ya di kediaman di Laluan Rapat Ria 3, Pinggiran Rapat Ria di sini, Januari 2021.

Perbuatan itu adalah kesalahan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.

Pertuduhan dikendalik­an oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Nabilah Norzam manakala peguam mewakili tertuduh adalah Gurbachan Singh.

Pihak pendakwa menawarkan jaminan RM7,000 namun Gurbachan merayu jumlah itu dikurangka­n dengan mengambil kira tertuduh kini adalah suri rumah dan perlu menjaga dua anaknya yang bersekolah.

“Ketika kejadian curi itu berlaku, suami isteri itu masih tinggal bersama”

Gurbachan berkata, anak guamnya itu kini dalam proses perceraian dengan suaminya itu yang juga seorang pegawai polis dan mereka kini tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.

“Ketika kejadian curi itu berlaku, suami isteri itu masih tinggal bersama,” kata Gurbachan sewaktu proses mitigasi.

Mahkamah kemudianny­a membenarka­n supaya tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 selain menetapkan 22 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ?? WANITA TAK MENGAKU BERSALAH ?? MOU Ei Leen dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000.
WANITA TAK MENGAKU BERSALAH MOU Ei Leen dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000.
 ?? ?? ABDUL Naaim (kiri) mengaku pecah rumah.
ABDUL Naaim (kiri) mengaku pecah rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia