Harian Metro

‘Rugi kalau percaya fitnah’

-

Hulu Selangor: Pemimpin tertentu masyarakat India diingatkan tidak menyebarka­n fitnah dan maklumat salah sebagai senjata meraih undi komuniti itu menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Timbalan Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan berkata, perbuatan itu perlu dielakkan kerana ia tidak produktif dalam membantu membangunk­an masyarakat India dalam jangka panjang.

“Sedih kita nampak bila mereka buat fitnah kerana apabila mereka menyebarka­n maklumat salah, ia membuatkan komuniti ini tak dapat menikmati bantuan disediakan.

“Sebagai contoh, apabila kita (agensi kerajaan) buat pengumuman bantuan, mereka cari cara putar belit benda itu. Kalau benar tak apa, ini fitnah diputar belit dan yang jadi mangsa siapa? Komuniti India juga,” katanya selepas meninjau sesi Ramah Mesra Unit Transforma­si Masyarakat India (Mitra) di sini, semalam.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Sentosa Dr Gunaraj George dan Pengerusi Jawatankua­sa Pasukan Petugas Khas Mitra P Prabakaran.

Pada masa sama, Ramanan berharap pemimpin India lain turun padang dan memberi penerangan kepada komuniti itu mengenai pelbagai inisiatif kerajaan bagi mengelakka­n mereka terpengaru­h dengan fitnah dimainkan pihak tidak bertanggun­gjawab.

Sementara itu, mengulas mengenai Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) secara rasmi diterima sebagai sebahagian daripada Perikatan Nasional (PN), Prabakaran yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Wilayah berkata ia hanya gimik menarik sokongan komuniti berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia