BERSIH NODA KULIT MATI
Lulur gula lebih efektif untuk pengelupasan kulit wajah, lulur garam bantu kulit lebih berseri
Ibarat sikat yang membersihkan kulit mati atau kotoran dari permukaan kulit kepala, fungsi lulur (scrub) adalah membersihkan wajah dari noda kulit mati yang kusam.
Umumnya ada dua jenis lulur yang digunakan meluas di spa atau salun kecantikan iaitu lulur gula dan lulur garam.
Kedua-duanya memiliki keunikan tersendiri sebagai pembersih kulit yang unggul, namun tidak ramai jelas penggunaannya.
Sama ada lulur gula atau garam, setiap satunya memiliki kemampuan berbeza dalam mengeksfoliasi, melembapkan dan merangsang sel kulit.
Memetik perkongsian Pakar Stem Cell dan Perubatan Regeneratif, Dr Patricia Lukas Goentoro dalam satu portal kesihatan, penggunaan lulur pada umumnya untuk kulit menggelupas. Kulit mati disingkirkan dan membantu pertumbuhan kulit baru lebih mulus serta berseri.
“Gula dan garam antara bahan pengelupasan alami digunakan untuk menyingkirkan kulit mati. Walaupun fungsi sama, tetapi keberkesanan dan peranannya berbeza.
“Lulur gula lebih efektif untuk pengelupasan kulit wajah kerana teksturnya lebih lembut bagi bahagian kulit yang nipis.
“Butiran gula yang halus juga membantu melembapkan dan tidak akan menghilangkan minyak semula jadi kulit,” katanya.
Jika kulit sensitif dan terlalu nipis, pakar itu menyarankan penggunaan gula perang kerana tekstur atau butir gula berkenaan lebih halus dan lembut.
Lulur gula dan garam juga memiliki perbezaan dari segi penjagaan kelembapan kulit. Dikatakan lulur gula memiliki kelebihan kerana ia humektan semula jadi.
Humektan merujuk kepada zat yang mampu menarik air dan kelembapan dari luar ke dalam lapisan kulit.
Penggunaan lulur gula pada wajah membantu penyerapan air dan kelembapan dari permukaan sekitar kulit serta ‘menguncinya’ ke dalam kulit. Kulit menjadi lebih gebu dan sihat.
Sementara lulur garam, kelebihan bahan semula jadi itu membantu kulit lebih berseri. Ia didorong urutan lulur pada kulit bagi membantu melancarkan aliran darah di bawah permukaan kulit. Dengan itu, kulit menjadi lebih segar dan berkilau.
Bagi kemampuan merangsang sel kulit, kedua-duanya dikatakan boleh memberi kesan baik. Namun lulur garam dikatakan memberi kesan lebih cepat kerana peranannya dapat melancarkan aliran darah di bawah kulit.
Darah ialah ejen ‘pengangkutan’ nutrisi diperlukan tubuh dan apabila lulur garam dapat melancarkan aliran darah bermaksud darah membawa nutrisi yang diperlukan kulit untuk membentuk sel-sel baru.
Selepas mengenali fungsi kedua-dua pupur terbabit, laras penggunaan mengikut keperluan bahagian kulit.
Lulur garam adalah pilihan terbaik untuk membersihkan badan, sebab butir yang kasar mampu membantu proses pengelupasan kulit badan yang tebal secara efektif.
Sementara itu, kulit wajah yang nipis dan sensitif sebaiknya menggunakan lulur gula yang lebih lembut.
Baik menggunakan lulur gula ataupun garam, ia mesti tidak menyebabkan iritasi pada kulit wajah.
Andai ia berlaku, hentikan pemakaian lulur terbabit dan dapatkan nasihat pakar perubatan atau perunding estetik yang bertauliah.
WALAU
bagaimanapun, disiplin kendiri boleh dibangun dan dilatih. Seperti bersenam di gimnasium, apabila sesebuah otot dilatih, ianya akan menjadi lebih kuat.
Untuk menetapkan sasaran, pertama sekali anda harus ketahui apa yang membuatkan anda gembira dan yang memberikan makna kepada hidup anda. Lihat apa yang anda mahu jadi dan di manakah diri anda selepas setahun, lima tahun atau 10 tahun dari sekarang.
Kemudian, tuliskan sasaran jangka pendek dan panjang yang membolehkan anda mencapai sasaran anda. Tetapkan sasaran yang khusus, mudah dikira, boleh dicapai, relevan dan lingkungan masa.
Dalam zaman yang penuh dengan bermacam jenis gangguan ini, disiplin bermakna kekal fokus pada apa yang anda lakukan. Terlalu mudah untuk membaca pemberitahuan Whatsapp, e-mel atau Facebook yang baru sahaja masuk. Tetap fokus adalah tentang kawalan diri dan memberi perhatian kepada apa yang anda lakukan. Fokus adalah menumpukan perhatian pada satu perkara sehingga matlamat tercapai. Cara terbaik untuk mengelakkan gangguan adalah dengan mengalih keluar sumbernya — telefon bimbit anda, iPad, iPod atau gangguan lain. Sama seperti memfokuskan tenaga matahari melalui kaca pembesar di atas kertas boleh menyalakan api, memfokuskan pada satu perkara dengan teliti dengan intensiti boleh meningkatkan prestasi dan pencapaian seseorang.
Orang yang berjaya tahu kepentingan membayangkan diri mereka berjaya dan mencapai matlamat mereka. Memegang gambaran mental tentang bagaimana kejayaan itu dan membayangkan bagaimana rasanya adalah satu disiplin mental yang kuat untuk memotivasikan diri sendiri untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Raikan “kejayaan kecil” dalam perjalanan pencapaian anda merupakan satu cara yang baik untuk mengukuhkan motivasi seseorang untuk terus memperolehi “kejayaan lebih besar”. Raikan apa yang telah anda capai tetapi tetapkan pencapaian anda sedikit tinggi setiap kali anda mencapainya agar anda tidak berasa terlalu selesa dan berlengah. Jangan lambatkan keraian anda sehingga anda mencapai sasaran anda kerana motivasi anda akan mula longgar. Jangan tunggu sehingga anda sampai ke destinasi yang anda inginkan untuk meraikannya.
Raikan setiap langkah yang anda ambil untuk mencapai matlamat anda. Kejayaan sememangnya satu perjalanan dan bukan destinasi.
Terdapat cara yang lebih baik untuk mengekalkan disiplin seseorang. Ia bukan tentang bekerja keras, ia adalah mengenai mengembangkan minat dan mencari semangat dalam apa yang dilakukan.
Malah, keghairahan boleh dikembangkan. Sebaik sahaja anda dapat mengetahui lebih lanjut tentang apa yang anda lakukan dan menjadi lebih baik dalam hal itu, anda akan mula lebih menyukai kerja anda.
Apabila anda suka apa yang kita lakukan, disiplin kendiri lebih mudah. Contohnya, jika anda mempunyai minat untuk menulis, bangun setiap hari pada jam 5 pagi tidaklah sesusah mana berbanding seseorang yang tidak mempunyai minat yang sama dengan anda.