Ayam Ungkep Berulam Lima

SAIZ HIDANGAN: 4 TEMPOH PENYEDIAAN: 45 MINIT

Jelita - - Fokus -

BAHAN-BAHAN

1kg ayam, dipotong 10 dan diperap dengan garam serta serbuk kunyit 3 cawan air 1 cawan santan Garam dan gula, secukup rasa

BAHAN TUMBUK/KISAR:

5 ulas bawang putih 10 bawang merah 2 sudu kecil serbuk ketumbar 1 sudu kecil jintan manis 1 sudu kecil serbuk jintan putih 3cm kunyit hidup 3cm halia 1cm lengkuas 5cili padi 2cili merah 1 buah keras

BAHAN ULAM-ULAMAN:

2 serai, dititik 1 daun kunyit 2 cawan daun pucuk ubi 2 cawan daun pucuk labu 5 daun cekur

CARA MEMBUATNYA

1 Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar hingga terbit minyak. 2 Masukkan serai dan ayam yang telah diperap. Kemudian gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna. 3 Seterusnya, tambahkan air dan santan. 4 Tutup kuali rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan ataupun hancur. 5 Apabila kuah kering (jika suka ia agak berkuah, tidak perlu masak sampai kering) dan ayam empuk, masukkan pula kesemua bahan ulam-ulaman. 6 Biarkan buat seketika dan boleh diangkat untuk dihidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.