RAWATAN ULTHERAPY SELAMAT & BERKESAN UNTUK MERANGSANG KOLAGEN

Rawatan menganjalkan wajah menjadi pilihan wanita yang ingin tampil muda dan menawan.

Jelita - - Spa -

Kini, terdapat pelbagai rawatan dan mesin yang digunakan untuk melakukan proses menganjalkan wajah. Namun, tidak kesemuanya menawarkan rawatan yang selamat dan sahih. Untuk itu, penting untuk anda mengetahui apakah rawatan yang berkesan serta autentik agar anda boleh melihat kesannya dalam jangka masa seperti dijanjikan selain tidak membazirkan wang anda.

Jelaskan mengenai rawatan autentik Ultherapy ini?

Rawatan Ultherapy adalah satu-satunya rawatan yag diluluskan Pihak Pentadbiran Makanan Dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (US FDA) tanpa melibatkan sebarang pembedahan dan suntikan. Rawatan ini hanya menggunakan mesin khas dan berfungsi melalui gelombang bunyi ultrasound pada setiap lapisan kulit anda.

Apakah yang membuatkan rawatan autentik Ultherapy ini menarik dan harus dicuba?

Ia tidak menyakitkan dan tidak melibatkan sebarang suntikan pada wajah. Ia adalah rawatan yang menggunakan gelombang bunyi secara berfokus untuk menyampaikan titik rawatan pada kedalaman lapisan kulit secara terperinci dan suhu tertentu untuk mencapai keanjalan optimum.

Mengapa perlu melakukan rawatan Ultherapy menggunakan mesin autentik?

Ianya penting kerana telah diluluskan oleh badan yang disahkan, menepati piawaian keselamatan dan mengurangkan risiko komplikasi.

Apakah rawatan yang boleh dilakukan dengan Ultherapy ini?

Ia terbukti berkesan menganjalkan kulit, pada bahagian kening, leher, dan bawah dagu.

Ramai mengetahui rawatan menegang dan menganjalkan wajah. Bagaimana pula dengan kening?

Lazimnya, wanita berusia 30 tahun ke atas mula mengalami tanda seperti mata yang letih, lingkaran gelap kehitaman dan mempunyai kedutan pada bahagian kelopak mata. Untuk itu, rawatan Ultherapy sangat sesuai bagi membantu mengaktifkan kembali lapisan kolagen pada kelopak mata lalu menganjalkannya. Durasi rawatan mengambil masa 10 hingga 15 minit. Kesannya boleh dilihat seawal tiga bulan selepas rawatan dan kekal sehingga 12 bulan, bergantung kepada penghasilan kolagen individu itu sendiri.

Bagaimana ingin memastikan rawatan Ultherapy ini autentik dan menggunakan mesin yang betul?

Pastikan mesin yang digunakan di sesebuah pusat kecantikan itu mempunyai logo dan pelekat yang sah. Selain itu, sebelum mengunjungi pusat rawatan, anda boleh merujuk laman sesawang rasmi https://locator.ultherapy.com/ malaysia bagi memastikan senarai klinik yang berdaftar dan sah. Setakat ini, hanya 13 klinik di Lembah Klang yang melakukan rawatan Ultherapy secara autentik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.