MINI & PRAKTIKAL

Jelita - - Cantik - J

Pastinya anda tidak mahu membawa kesemua item mekap di dalam tas tangan anda. Jelita senaraikan tiga item utama yang bersaiz mini, namun cukup untuk menyerlahkan solekan anda. 1 Shizens Aqua Eyeliner, RM95 Rona coklat gelap sesuai untuk dioleskan pada kelopak mata dan tampak harmoni untuk semua jenis tona kulit. Cukup untuk menyerlahkan solekan siang anda!

2

Benefit Cosmetics Benetint Cheek & Lip Stain, RM65 Boleh digunakan pada pipi ataupun bibir. Cukup mudah, hanya oles menggunakan jari dan ratakan untuk kesan yang lebih kekal dan serlahan rona menarik.

3

Duck Cosmetics Loose Setting Powder, RM90 Hilangkan kilatan pada wajah terutamanya pada Zon T dengan olesan bedak polos yang bertekstur ringan ini untuk kemasan solekan yang lebih mulus dan sekata.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.