Kecantikan

Tip & Trik Asas Solekan Tepat

Jelita - - Contents -

Pernahkah anda mengalami situasi di mana solekan cepat luntur dan bedak pada wajah tidak rata? Lebih-lebih lagi apabila berpeluh dan terdedah dengan cahaya matahari. Ataupun, ada ketikanya teman menegur wajah anda kelihatan lebih gelap atau terlebih putih pada suatu ketika? Ini semua berkait rapat dengan pemilihan dan penggunaan bedak asas ketika anda bersolek. Bedak asas atau foundation adalah elemen utama dalam merangka solekan wajah. Ia bukan sahaja menutupi cela dan kesan parut pada wajah, malah membuatkan penggunaan bedak menjadi lebih rata dan halus. Jurusolek Profesional Nars, Jackee Tung berkongsi tiga tip penting yang harus diambil peduli tatkala mengaplikasikan bedak asas. 1Calitkan sedikit bedak asas pada leher bagi memilih rona yang tepat. Bahagian leher adalah yang paling hampir dengan rahang pipi bagi melihat kesamaan pada tona kulit. 2Sentiasa sediakan kulit dengan rutin menyegar, melembap, aplikasi krim mata dan primer sebelum mengoles bedak asas. Ini akan membuatkan bedak asas itu tahan lebih lama dan kekal pada wajah. 3“Akhir sekali, gunakan teknik yang betul ketika menggunakan bedak asas. Pengasas Nars berpendapat, lebih elok mengaplikasikan bedak asas dengan menggunakan tangan daripada berus. Kehangatan suhu pada jari jemari membuatkan tekstur bedak asas menjadi lebih elok dan mudah dioles pada kulit wajah,” katanya. Pembaca Jelita, Masniza Binti Mahmood, 41, teruja dan gembira dengan hasil solekan pada raut wajahnya.

“Sebelum ini, saya hanya mengaplikasikan bedak asas tanpa mengetahui tip dan trik penting seperti diajar. Jelas sekali, solekan dan warna yang diriaskan tampak harmoni dan sesuai dengan tona kulit saya,” katanya.

Selepas

Jackee Tung Nars Jurusolek Profesional

Sebelum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.