Cantik Bawah RM100

Jelita - - Contents -

Selain kualiti, wanita mudah tertarik dengan kelalang atau warnanya. Merah jambu suntik kemanisan dalam penampilan seharian.

Sleek Makeup Blush By 3, RM85 Tiga rona pemerah pipi di dalam satu palet menarik. Hadir dengan tekstur krim dan kemasan kilat, ia memberikan serlahan rona yang berkekalan pada tulang pipi anda.

Marvis Karakum 75ml Limited Edition Toothpaste, RM49 Ubat gigi dengan injeksi perisa unik yang menggabungkan kesegaran daun pudina bersama oren, disudahkan dengan aroma kuat oriental untuk gigi yang lebih putih dan nafas segar.

H&M Beauty Goji And Watermelon All Over Mist, RM24.90 Kembalikan kesegaran kulit dengan semburan wajah menenangkan dengan rumusan tiga bahan berpelembap tinggi iaitu tembikai, aloe vera dan goji. Cubalah!

M.A.C Grand Illusion Glossy Liquid Lipcolor Space Bubble, RM98 Anda punya dua cara untuk aplikasikannya. Sama ada dioleskan di atas lapisan gincu sedia ada untuk efek kilat ataupun terus ke atas bibir untuk penampilan yang lebih minimalis.

Breena Beauty Velvet Crème Matte Liquid Lipstick, RM39 Satu lagi lipstik jenama lokal yang hadir dengan formulasi menarik untuk kesan rona yang memikat. Mudah meluncur pada bibir tanpa memberikan efek kering dan bibir merekah.

L’Oreal Revitalift Night Cream, RM67.86 Biarpun sedang beradu, jangan lupa berikan perhatian pada sang kulit. Rawat dan pelihara lapisan kulit dengan krim malam yang berfungsi melembap dan memulihkan sel kulit rosak akibat terdedah dengan sinaran mentari pada siang harinya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.