Hias Rumah

Indahkan Kamar Beradu Anda

Jelita - - Contents -

Kebanyakan daripada anda mungkin hanya mementingkan penataan gaya pada ruang tamu yang mudah dilihat penghuni dan tetamu yang datang. Sedar atau tidak, ruang peribadi turut memerlukan sentuhan kreatif biar ia tampak lebih indah, sekali gus mencetuskan suasana senang kala beradu mahupun berehat di dalam kamar. Sekiranya ruang privasi anda tidak memiliki ciri yang dinyatakan, bolehlah ambil langkah menyegarkannya kembali. Sebelum anda mengubah konsep dan susun letak di kamar beradu, hal ini perlu anda sematkan di fikiran:

Tidur yang nyenyak membantu anda lalui hari dengan lebih baik. Semua itu mudah dicapai dengan bilik tidur serba mendamaikan.

* Tetapkan konsep hiasan yang diinginkan. Anda memiliki pelbagai pilihan seperti moden kontemporari, Inggeris, klasik, minimalis, tradisional, country, skandinavia dan banyak lagi. Lakukan selidik terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. * Kemudian, lukis pelan lantai kamar tidur anda. * Tentukan posisi katil yang bakal ditempatkan pada dinding tumpu yang memainkan peranan penting dalam hiasan bilik. Elakkan kepala katil daripada berada pada dinding yang bertingkap. Sebaiknya adalah apabila membuka pintu bilik, anda dapat melihat terus dinding tumpu ini yang bermaksud, dinding tumpu harus berhadapan dengan pintu bilik. * Untuk warna dinding, anda boleh gunakan cat dengan rona pilihan ataupun tampil berani dengan gabungan cat dan kertas dinding. Penggunaan kertas dinding boleh menyerlahkan efek mewah. * Elakkan daripada memilih rona gelap untuk bilik tidur. Ia harus disuntik dengan warna lembut dan pastel.

Pengasas & Pereka Hiasan Dalaman Laurea Home Furnishing Siti Hawa Ismail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.