Sajian

Jenis Pisau & Kegunaannya

Jelita - - Contents -

Set pisau menjadi teman dan pembantu setia kebanyakan chef apabila bekerja di dapur. Bagi anda yang tidak memiliki kerjaya sebagai chef, tetapi ingin tahu tentang kegunaan pisau dengan lebih lanjut, boleh jadikan ini sebagai panduan anda.

PISAU CHEF

Pisau yang turut dikenali sebagai chef’s knife ini biasa ada di setiap dapur dan digunakan untuk memotong pelbagai bahan seperti daging mahupun sayuran.

PISAU MEMOTONG

Pisau ini berukuran sama panjang dengan pisau chef, tetapi mempunyai bilah yang lebih kecil dan diguna untuk menghiris daging menjadi kepingan nipis. Ia tidak sesuai digunakan untuk memotong sayur-sayuran atau bahan lain, selain daging. Turut dikenali sebagai carving knife.

PISAU KECIL

Pisau berukuran lima ke 10cm ini diguna untuk mengupas bahan seperti bawang, lobak merah dan kentang. Paring knife ini memang banyak digunakan di dapur dan sesuai juga untuk menghiris lemak daging.

PISAU SEDERHANA

Pisau ini berukuran sederhana besar dan bersaiz di antara pisau chef dan pisau kecil. Kepada anda yang mempunyai telapak tangan yang kecil, pisau saiz sebegini memang sesuai untuk digunakan supaya dapat mengawal pisau dengan sepenuhnya.

PISAU ROTI

Pisau yang bergerigi seperti gergaji ini memang sesuai diguna untuk memotong roti, buah-buahan serta sayur-sayuran yang mempunyai kulit licin seperti tembikai dan tomato.

PISAU TULANG

Pisau yang berukuran sederhana dan lebih kecil daripada pisau chef ini diguna untuk memisahkan tulang daripada isi daging. Bentuk hujung pisau yang runcing dan tajam direka khas untuk memberi cukup pengawalan bagi pengguna ketika memisahkan tulang daripada daging.

PISAU BESAR UNTUK DAGING

Bilah pisau yang besar dan tebal memberikan kawalan pisau yang bagus untuk memotong daging bertulang seperti ayam atau daging panggang.

PISAU BESAR UNTUK SAYUR

Bentuk dan saiz pisau ini sama seperti pisau besar untuk daging, tetapi mempunyai bilah yang nipis. Ia begitu sesuai untuk menghiris sayuran menjadi kepingan nipis.

Chef Norman Musa Chef kelahiran Malaysia kini menetap di United Kingdom dan memperkenalkan masakan Malaysia di Eropah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.