Snippet Cantik

Berita Dunia Kecantikan

Jelita - - Contents -

Wanita selepas bersalin memerlukan rawatan penjagaan khusus kerana telah melalui proses bersalin yang sukar dan kehilangan banyak darah serta tenaga. Sinonim dengan rawatan dan produk selepas bersalin, Tanamera memperkenalkan rangkaian produk penjagaan diri khusus untuk merawat kaum ibu agar kembali bertenaga, sihat dan cergas. Tanamera Postnatal Care Set, RM390 terdiri daripada sepuluh item, yang berkonsepkan ritual tradisional dengan menggunakan bahan alami sebagai kandungan utamanya. Ia berfungsi untuk memulihkan kesihatan fizikal dan merelakskan minda ibu yang akan melalui proses berpantang selama 44 hari.

PROSES BERPANTANG ANDA AKAN MENJADI LEBIH MUDAH DENGAN:

* Cold Press Virgin Coconut Oil Bertujuan untuk mengurangkan kesan rekahan pada perut dan paha. * Herbal Massage Oil Minyak urutan yang memberikan rasa hangat berfungsi melancarkan peredaran darah, mengurangkan toksin dan mengurangkan lebihan air apabila disapukan pada badan. * Brown Formulation Soap antara item terlaris yang sering menjadi pilihan ibu. Sabun mandi dengan kombinasi ramuan herba antaranya halia, kunyit dan kayu manis bertindak menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati pada badan. * Herbal Bath Rebus satu sacet di dalam air panas, campurkannya bersama air suam untuk mandian yang lebih segar dan hangat. * Feminine Herbal Wash Cecair pencuci khusus untuk kawasan intim yang bertujuan untuk menyembuhkan luka dan kesan jahitan selepas bersalin serta mengetatkan otot faraj. * Calming Herbal Blend Paste Pes dengan campuran pelbagai herba disapukan pada dahi untuk membuang angin dan melegakan kawasan mata yang letih. * Firming Herbal Blend Paste Pes yang disapukan pada perut untuk mengurangkan kesan rekahan dan menganjalkan kembali kulit anda. * Boreh Body Scrub Pupur badan dengan kombinasi herba yang hangat iaitu halia, daun pandan, limau dan kayu manis untuk menyingkirkan sel kulit mati agar kulit lebih halus dan lembut. * Herbal Tea Minuman teh herba untuk melancarkan peredaran darah, menghangatkan badan dan mengurangkan masalah sembelit. * Abdomen Binder Bengkung yang dicipta daripada kain kapas berfungsi untuk ‘menaikkan’ kembali otot perut dan pinggul yang telah jatuh serta mengembalikan bentuk badan yang asal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.