Nota Cantik

Misi Kekalkan Kelembapan Kala Berpuasa

Jelita - - Contents -

BIJAK ‘BERLAYAR’

Terlalu banyak masa melayari laman media sosial akan menambah kegusaran. Berikan diri detoks digital sekurangkurangnya sehari dalam seminggu.

TERIMA REALITI

Jika anda mampu menerima hakikat, anda akan terasa lebih bahagia. Meletakkan sasaran terlalu tinggi menyukarkan anda jika berdepan kekecewaan. Tetapkan sasaran yang anda tahu lebih mudah dicapai secara berperingkat.

PECAH PELUH

Apa saja bentuk senaman pasti mampu mencairkan tekanan. Lakukan senaman kardiovaskular selama 30 minit atau cuba pilates.

HANYA YANG HIJAU

Makanan bergula boleh naikkan kadar insulin lantas mencantas tenaga dan mood. Makan sayuran hijau, buahan berair untuk tambah penghidratan tubuh.

SATU DENGAN ALAM

Luangkan masa dengan aktiviti di luar sama ada di taman atau hutan rekreasi, tidakpun di tepi sungai kerana alam semula jadi boleh kurangkan hormon kortisol dan membangkit mood.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.