Sajian

Nikmati Selera Autentik Thai

Jelita - - Contents -

BAHAN-BAHAN

8 udang segar 200g cendawan tiram 3 serai, diketuk dan dipotong satu inci 7 hiris lengkuas 3 bawang merah, dihancurkan sedikit 3 daun limau purut, dikoyak 6 cili padi, dihancurkan ¼ cawan jus limau 4 sudu besar sos ikan 1 sudu kecil gula 4 cawan stok atau air Daun ketumbar segar (untuk dijadikan hiasan)

CARA MEMBUATNYA

1 Didihkan satu periuk berisi stok atau air dengan api yang sederhana. 2 Tambahkan serai, lengkuas dan bawang merah. Masak selama beberapa minit sehingga naik bau. 3 Perasakan dengan sos ikan dan gula. Kemudian masukkan udang, diikuti dengan cendawan tiram. Biarkan hingga udang masak 80 peratus dan padamkan api. 4 Masukkan daun limau purut, cili, jus limau dan daun ketumbar. 5 Sedia untuk dihidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.