Suami Isteri

Jaga Hubungan Romantis Suami Isteri Semasa Ramadan

Jelita - - Contents -

Keinginan untuk melakukan hubungan bersama isteri atau suami adalah perasaan semula jadi yang hadir dalam diri setiap pasangan. Namun, perasaan itu perlu diurus dengan baik apabila pasangan berada di bulan berpuasa bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang dilarang syarak iaitu melakukan hubungan kelamin suami isteri (jima’) pada siang hari sedang mereka berpuasa. Berpuasa di bulan Ramadan adalah satu ibadah wajib bagi setiap muslim yang cukup syaratnya. Firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” [QS Al-Baqarah: 183] Melakukan hubungan suami isteri juga adalah sebahagian ibadah yang dituntut oleh Islam sepertimana yang ternukil di dalam al-Quran [QS Al-Baqarah: 187].

Allah mewajibkan sesuatu dan pada masa yang sama mengharamkan sesuatu, namun kasih sayang Allah SWT melebihi segalanya apabila diberikan waktu tertentu untuk suami isteri memenuhi keinginan seksual mereka walaupun dalam bulan puasa.

ISTERI BOLEH MENOLAK

Si isteri boleh menolak permintaan suaminya untuk melakukan hubungan bersama pada siang hari sewaktu sedang berpuasa. “Namun, sejurus berbuka sehingga sebelum bersahur, anda dibenarkan bersama dengan suami malah, jika ada permintaan suami, si isteri disarakan mematuhinya melainkan ada keuzuran syarie atau perkara lain yang menghalang,” kata Ustaz Mohd Al Amin Ab Aziz, Penasihat Syariah dan Kaunselor di Familyfirst Consultancy.

Namun, ianya lebih baik jika suami isteri saling mengingati tentang larangan semasa di bulan Ramadan khususnya apabila melibatkan hubungan bersama (jima’).

Firman Allah SWT: “Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa menggauli isteri-isterimu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu tidak dapat menahan diri kamu sendiri, tetapi Dia menerima taubatmu dan memaafkanmu. Maka sekarang gaulilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu. Dan makan minumlah sehingga jelas bagimu (perbezaan) di antara benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa sehingga (datangnya) malam. Tetapi janganlah kamu gauli mereka itu, sedang kamu beri’tikaf di dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.” [QS Al-Baqarah: 187] Ayat ini jelas menyatakan bahawa tiadanya larangan bagi kaum muslim yang sudah bernikah untuk melakukan

Ustaz Mohd Al Amin Ab Aziz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.