Santapan Jiwa

Puasa Mencermin Keperibadian Muslim

Jelita - - Contents -

Tidak dinafikan, Ramadan adalah antara bulan yang ditunggu oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Kedatangan bulan mulia ini sangat dinantikan kerana ia menjanjikan peluang yang besar untuk penganutnya meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT. Secara umumnya, tempoh berpuasa agak panjang dan meletihkan namun ia bukan menjadi alasan kepada individu muslim untuk tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada Tuhan yang satu. Menurut Ustaz Yusof Bin Ismail, Pegawai Khas Agama JASA Negeri Perak, bulan yang penuh keberkatan ini seharusnya dipenuhi dengan pelbagai amalan baik dan berfaedah agar puasa tidak akan menjadi sia-sia. Rasulullah SAW bersabda:

“Telah datang kepadamu bulan Ramadan, bulan yang diberkati. Allah SWT mewajibkan kepadamu puasa di dalamnya; pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apaapa.” (HR Ahmad dan An-Nasa’i).

Sepanjang Ramadan, seluruh umat Islam diwajibkan berpuasa. Ini diterangkan dengan jelas dalam firman Allah SWT:

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

JAGA NAFSU JASMANI DAN ROHANI

Ibadah berpuasa ketika Ramadan ini dapat diterjemahkan sebagai satu ibadah jasmani dan rohani. Berpuasa bukan setakat menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi dari sudut rohani juga menahan nafsu dan menjaga peribadi diri selaras dengan tuntutan agama.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa berpuasa pada Ramadan dan mengetahui batasnya (ketentuannya) serta memelihara perkara yang perlu dijaga, maka dihapus dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).

Allah SWT telah berjanji jika umat Islam menjalani Rukun Islam ketiga ini dengan sempurna akan diampunkan segala dosa lampaunya. Pada bulan Ramadan ini digalakkan untuk Muslim bermuhasabah diri dan melihat segala kelemahan diri dan dosa yang pernah dilakukan pada sebelum ini, seterusnya mengubah peribadi agar menjadi lebih baik dan terus memantapkan iman sedia ada.

KELEBIHAN BERPUASA

Terdapat 10 keutamaan yang diberikan Allah kepada mereka yang berpuasa. Ia adalah:

1 Allah memberikan keistimewaan kepada umat yang berpuasa dengan menyediakan satu pintu khusus di syurga yang dinamakan sebagai Al Rayyan. Pintu syurga Al Rayyan ini hanya disediakan bagi umat yang melakukan puasa.

Rasulullah bersabda: Pintu syurga ini hanya diperuntukkan bagi orang berpuasa, bukan untuk lainnya. Bila pintu tersebut sudah dimasuki oleh seluruh rombongan ahli puasa Ramadan, maka tiada lagi yang boleh masuk ke dalamnya. (HR Ahmad dan Bukhari-Muslim).

2 Allah telah menjadikan puasa umat Nabi Muhammad SAW sebagai benteng yang kukuh dari seksaan api neraka sekali gus menjadi tirai penghalang daripada godaan hawa nafsu.

Dalam hal ini Rasullullah bersabda, “Puasa (Ramadan) merupakan perisai dan benteng yang kukuh daripada seksa api neraka.” (HR Ahmad dan Al Baihaqi).

3 Allah memberikan keistimewaan kepada mereka yang berpuasa dengan menjadikan bau mulutnya itu lebih harum dari minyak misik (haruman kasturi).

Sehingga Rasulullah berkata demikian, “Sesungguhnya bau

Dalam satu hadis riwayat Ibnu Mundih dinyatakan: “Diamnya orang yang berpuasa adalah tasbih, tidurnya merupakan ibadah, dan doanya akan dikabulkan, serta perbuatannya akan dilipat gandakan (pahalanya).”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.