Melawan Musuh Dalam Selimut

Jelita - - Sihat -

Satu lagi penyakit yang kian mengganggu kesihatan rakyat Malaysia – Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) di mana sembilan daripada 100 rakyat Malaysia adalah pesakitnya. Menurut Dr Thiruventhiran Thilaganathan, naib pengerusi Yayasan Buah Pinggang Nasional (NKF) Malaysia, sejumlah 35,000 pesakit melakukan dialisis dengan kerap akibat CKD pada 2016. Lebih menggusarkan kerana jumlahnya meningkat pada kadar 15 peratus setiap tahun, meletakkan Malaysia pada tangga ketiga dunia bagi jumlah pesakit buah pinggan paling ramai. Malah, dipercayai jumlahnya adalah lebih tinggi daripada dijangkakan, ini kerana seseorang yang ada sakit buah pinggang melalui lima peringkat penyakit dan petandanya hanya jelas pada peringkat hujung. “Itu sebabnya sakit buah pinggang dianggap pembunuh senyap. Bila masa pesakit didiagnos, ia biasanya pada peringkat akhir,” kata Dr Thiru. Disebabkan makin tinggi jumlah pesakit CKD, lebih banyak pusat dialisis diperlukan dengan pegawai yang pakar mengendalikan rawatan berkenaan kepada pesakit. Justeru, program PostBasicHaemodialysis (PBHD) Nursing Programme diadakan bagi mengeluarkan jururawat bertauliah untuk mengendalikan unit dialisis dan pesakit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.