Panduan Pertama Kali Membela Kucing

Tidak sukar untuk membela haiwan peliharaan jika anda tahu cara yang betul untuk menjaganya.

Jelita - - Comel -

Memiliki haiwan peliharaan kesayangan adalah pengalaman yang menyeronokkan dan mampu membantu menghilangkan stres apabila anda pulang daripada kerja melihat gelagat haiwan kesayangan. Antara yang menjadi pilihan utama sebagai haiwan kesayangan adalah kucing. Namun masih ramai yang beranggapan bahawa memelihara seekor kucing adalah perkara yang sukar. Pada mulanya, sedikit kesusahan akan dirasai lebih lagi jika anda langsung tidak memiliki pengalaman memelihara haiwan berkenaan. Perhatian terhadap penjagaan si bulu amat penting untuk menghindar ia daripada terkena penyakit.

PANDUAN MENJAGA KUCING KALI PERTAMA

Pilih Makanan Kucing Yang Sesuai Baca setiap label kandungan pemakanan yang sesuai dengan haiwan peliharaan anda. Pilih makanan yang tidak mengandungi pewarna berlebihan. Sediakan tempat makanan dan jika anda mampu boleh sediakan satu bilik khas sebagai tempat tinggal kucing. Selain itu, makanan tambahan seperti probiotik, essential fatty acid dan vitamin dan mineral yang cukup untuk kucing boleh membantu melebatkan bulu. Namun kebanyakan makanan harian kucing sudah mempunyai kandungan tambahan ini.

Bawa Kucing Keluar Berjalan-Jalan Bawa mereka keluar berjalan tidak kisah hanya di luar rumah atau taman. Masa yang baik untuk membawa kucing anda bersenam dan merapatkan hubungan dengan si bulu anda. Si bulu pasti suka jika anda sering menghabiskan masa bersamanya.

Mandikan Kucing Anda SekurangKurangnya Tiga Kali Seminggu Mandikan kucing anda dengan syampu yang dikhaskan untuk kucing mengikut kesesuaian baka supaya bulunya sentiasa cantik. Ia juga bagi mengelak kucing anda mempunyai kutu. Bulu mereka boleh dikeringkan menggunakan pengering rambut atau tuala kering.

Bawa Berjumpa Doktor Haiwan Untuk Pemeriksaan Berkala Tidak perlu tunggu sehingga kucing jatuh sakit baru anda membawa berjumpa dengan veterinar. Pemeriksaan berkala boleh membantu mengesan jika si comel jatuh sakit tanpa disedari.

Beli Aksesori Kucing Dan Permainan Kini, aksesori dan permainan untuk haiwan peliharaan lebih mudah untuk didapati, jadi tidak salah untuk anda menghabiskan sedikit wang untuk membelikan permainan untuk hiburan mereka. Mainan seperti bola membantu kucing anda untuk bergerak dan kekal aktif serta mengelak daripada menjadi obesiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.