Seni Persembahan Memperkasakan Warisan

Jelita - - Jelita -

Pat Ibrahim Project Entertainment membawakan acara di bawah program Siri Semarak Bangsawan dengan skala yang lebih besar. Dengan sokongan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, festival jelajah ini telah bermula pada Jun lalu dan akan berakhir pada November dengan melibatkan lapan negeri. Jerayawara Pekan Bangsawan Warisan Budaya mengandungi empat komponen yang terdiri daripada forum, pameran dan jualan, bengkel serta persembahan bangsawan. Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah lama dan juga baru. Gandingan segar yang akan diperlihatkan kali ini menampilkan Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Jay Iswazir, Asmidar, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi. Malah turut membariskan tulang belakang utama iaitu Eja Ibrahim (Pengurus Projek), Pat Gui dan Hamidon (Pengurus Pentas), Akma Suriati (Kostum), Yusman (Pengurus Lampu) Duan (Pengarah Muzik), Najib (Jurutera Bunyi) dan Siti Jasmina selaku penulis skrip. Tiket teater dengan harga RM30, RM50 dan RM80 boleh anda dapatkan melalui talian 0193036008 atau di pipent.peatix.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.