Puas Membeli Belah di Robinsons

Jelita - - Pereka -

Kedai runcit terkemuka, Robinsons kini meluaskan pasarannya dengan membuka gedung barunya di Four Seasons Place bersebelahan dengan pusat beli belah KLCC. Dengan keluasan 200,000 meter persegi dan mempunyai empat tingkat, ia menjadi rumah kepada lebih daripada 500 jenama fesyen dan gaya hidup dimana 110 daripadanya eksklusif untuk Robinsons Kuala Lumpur dan 65 jenama yang lain menjadikan Malaysia debut mereka yang pertama. Sejajar dengan semangat Robinsons, butik ini mencerminkan kecanggihan dunia rekaan dalaman yang cukup gah dan futuristik. Antara jenama pakaian wanita yang boleh didapati adalah T by Alexander Wang, See by Chloe, Needle & Thread, Whistles, Tara Jarmon, Dune London, Kendall & Kylie, Aspinal London, Kurt Geiger dan Les Merveilleuses Ladurée yang memberikan seleksi yang cukup menggiurkan. Tidak ketinggalan, jenama fesyen tempatan seperti Nurita Harith, Nala Designs, Fiziwoo dan Fern turut dijual. Robinsons turut menawarkan ruangan untuk gajet, perhiasan rumah dan kafe untuk kemudahan pelanggannya bersantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.