Santapan Jiwa Iblis Menangis Bila Anda Amalkan Ini...

Tugasnya menyesatkan manusia, tetapi jika anda lakukan rutin ini, makhluk Tuhan dilaknati ini kalah dalam perjuangannya.

Jelita - - Contents -

Sedia maklum syaitan yang dilaknat telah berjanji kepada Allah SWT bahawa ia akan berusaha untuk sentiasa melarakan manusia sehingga tiba hari kiamat. Sudah menjadi hikmah Allah SWT, manusia tidak akan dibiarkan begitu sahaja untuk mengikut dan mematuhi kehendak peraturan dan disiplin syariat yang telah digariskanNya. Sejak azali manusia membuat perakuan di hadapan Allah SWT bahawa Dia adalah tuhan yang sebenar dan tidak ada lagi selain daripadaNya. Umat manusia yang sudah membuat pengakuan sebegitu maka sudah pasti dia akan mematuhi segala perintah dan larangan Allah. Namun, realiti yang dapat dilihat hari ini adalah kebanyakannya tidak berjaya melaksanakan suruhan Allah SWT dan meninggalkan laranganNya. “Perjuangan dalam hidup manusia amat luas dan berbeza antara satu sama lain. Perjuangan yang suci diredhai Allah SWT tidak terlepas daripada cabaran terutamanya perjuangan menegakkan Islam sama ada dalam diri, dalam keluarga dan dalam masyarakat. Cabaran itu hanya akan dapat diatasi dengan semangat jihad yang tinggi, beristiqamah, bersabar dan tidak berputus asa,” kata Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin, Pengerusi Yayasan Al Amin.

MUSUH MANUSIA DI DUNIA

Kegagalan manusia mematuhi perintah Allah SWT sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan ini adalah disebabkan mereka itu sentiasa berdepan dengan musuh yang sentiasa berusaha menghalangnya daripada mengikut jalan Allah yang lurus. Firman Allah mengisahkan episod permusuhan ini di dalam al-Quran setelah Dia mengesahkan bagaimana iblis diusir daripada syurga akibat keangkuhannya daripada sujud hormat kepada Nabi Adam:

“Iblis berkata, “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan aku tersesat (maka) sesungguhnya aku akan bersungguhsungguh menghalangi mereka (daripada) jalanMu yang lurus”. “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka. (sehingga) Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”. (Surah Al-A’raf: 16-17)

Akibat pengisytiharaan perang dilakukan iblis terhadap keturunan Adam, maka Allah SWT telah memberitahu bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan memerintahkan manusia agar menjadikan mereka sebagai musuh. Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka anggaplah dia musuh (yang mesti dijauhi). Sebenarnya dia hanya mengajak golongannya supaya menjadi daripada penduduk neraka yang menyala-nyala”. (Surah Al-Fatir: 6)

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata terhadap kamu”. (Surah Yassin: 60)

AYUH BUAT IBLIS MENANGIS!

Apabila iblis cuba untuk menyesatkan manusia, hakikatnya mereka tidak menguasai manusia secara keseluruhannya. Namun, matlamat utamanya adalah mempengaruhi dan memperhiaskan amalan buruk sebagai sesuatu yang tampak baik di mata manusia. Ada kala, ia berjaya memanipulasi manusia supaya tidak kembali kepada Alllah SWT. Justeru, ia adalah pilihan manusia sendiri sama ada untuk mengikuti iblis kerana jika jawapannya adalah ya maka ia adalah di atas tanggungjawab mereka sendiri. Jika tidak, maka selamatlah manusia daripada bahang api neraka. Terdapat beberapa amalan yang boleh diamalkan manusia supaya iblis menjadi takut dan menangis. Antaranya ialah:

Kegagalan manusia mematuhi perintah Allah SWT sama ada dalam bentuk suruhan atau larangan ini adalah disebabkan mereka itu sentiasa berdepan dengan musuh yang sentiasa berusaha menghalangnya daripada mengikut jalan Allah yang lurus.

1 MELAKUKAN SOLAT FARDHU Dalam soal jawab Nabi Muhammad SAW bersama Iblis, dia bertanya kepada iblis apa yang dirasakannya jika melihat seorang Umat Islam bersolat. Maka jawapan iblis ia menjadi panas dan gementar kerana setiap seorang hamba yang bersujud kepada Allah SWT maka Dia akan mengangkat satu darjat hambanya itu.

2

BERPUASA, MENGERJAKAN HAJI DAN MEMBACA AL-QURAN Baginda SAW juga bertanya kepada iblis jika seorang umatnya berpuasa, mengerjakan Haji dan membaca al- Quran maka apa yang akan terjadi kepadanya. Iblis dengan gementar menjawab bahawa tubuhnya terasa terikat sehingga hamba berkenaan berbuka, dia menjadi seperti orang gila dan terasa seakan meleleh bak timah yang dipanaskan di atas api.

3

BERSEDEKAH Apabila ditanya jika seorang umat Muhammad SAW bersedekah maka iblis menjawab bahawa ia sama seperti individu berkenaan membelah tubuhnya dengan gergaji. Baginda Muhammad SAW turut bertanya mengapa ia terasa seperti itu. Maka Iblis menjawab sedekah mempunyai empat keuntungan iaitu : * Keberkatan dalam hartanya. * Hidupnya sentiasa disukai. * Sedekah berkenaan kelak menjadi hijab. antara dirinya dan juga api neraka. * Segala musibah akan terhalau daripada dirinya.

J

Ustaz Muhamad Abdullah Al-Amin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.