Panduan Menyukat Cecair

Jelita - - Dari Pakar... Sajian -

* Pastikan cawan penyukat cecair diletak pada permukaan yang rata. * Tunduk atau bongkokkan kepala anda sehingga paras mata sama dengan bacaan pada cawan penyukat supaya anda dapat melihat dengan jelas daripada sisi cawan. * Jangan sesekali gunakan sudu penyukat yang dibuat untuk menyukat kedua-dua bahan kering dan bahan cair untuk menyukat cecair kerana sukatannya akan kurang tepat. * Memandangkan cawan penyukat tidak dapat menyukat bahan kecil, maka sudu penyukat dalam bentuk sudu besar atau sudu kecil mesti digunakan untuk menyukat cecair (atau dalam kebanyakan kes, apa-apa bahan yang di bawah bacaan dua auns cecair). Pastikan anda memenuhi sudu penyukat hingga rata dan tidak melepasi bingkainya. * Pastikan cawan atau sudu penyukat anda sentiasa bersih dan kering, terutamanya ketika mahu menyukat bahan kering.

Chef Johari Edrus (Jo) Pemilik Restoran Symphony By Chef Jo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.