Kecantikan Agung dan Kontemporari

Jelita - - Pesona Gaya -

Koleksi terbaru Eclipse menyuntik kecantikan, sifat kewanitaan dan gaya anggun wanita yang diilhamkan daripada visi kreatif dan falsafah rekaan mendiang Sonny San, iaitu bekas pereka fesyen dan pengasas jenama Eclipse. Jenama ini sentiasa percaya bahawa pemakaian memerlukan perisai keyakinan dan bukan sekadar mengejar trend fesyen semata-mata. Tekstil baju viscose berkilauan yang membelai rasa menjadi elemen utama dalam rekaan ini. Jahitan kemas dan teknik juntaian tersendiri cukup sempurna untuk menyerlahkan liuk tubuh wanita. Daripada gaun malam berukuran panjang yang glamor sehinggalah busana pesta yang riang menggoda dengan potongan leher baju berbentuk V, ia adalah elemen yang menjadi signatur Eclipse selama ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.