Penjagaan Selepas Sauna

Jelita - - Dari Spa Ke Spa - Dengan beberapa disiplin berkenaan, sauna anda akan lebih berkesan.

* Pastikan minum air mencukupi untuk merangsang metabolisme badan. Apabila badan mengandungi cukup air, organ juga akan berada dalam keadaan aktif dan sihat. * Jaga pemakanan. Elak makanan berlemak atau bergoreng. Guna kaedah kukus atau rebus untuk menu anda. * Elak makan selepas jam lapan malam. Amalkan disiplin ini supaya perut mempunyai waktu rehat dan dapat memproses makanan sewajarnya. * Dapatkan tidur yang cukup kerana tidur penting untuk kesihatan dan kulit juga terpelihara jika anda mendapat tidur yang cukup terutama pada kulit wajah. * Lakukan senaman sekurangkurang tiga kali seminggu dan setiap kali melakukan senaman, peruntukkan selama 30 minit. Brisk walk sangat digalakkan untuk mengeluarkan peluh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.