Serlahkan Keserian Mekap

Jelita - - Jelita Uji -

Pentas solekan sentiasa tampil dengan seleksi produk mekap terkini lagi menghangatkan. Yang menarik perhatian Jelita bulan ini:

Clarins Autumn Makeup Collection, Joli Rouge

Miliki koleksi edisi terhad ini yang terdiri daripada gincu berpigmen tinggi, penggaris mata gel juga maskara.

Laura Mercier Blush Colour Infusion, RM135

Tampil dengan 10 rona berbeza dengan tekstur dedebu halus, ia menyentuh lembut pada rahang pipi untuk solekan yang lebih manis dan berseri.

Hourglass Scattered Light Glitter Eyeshadow, RM140

Jika anda tidak mahu bersolek mampan, hanya oleskan pembayang mata bertektur kilat ini pada kelopak mata. Ia cukup untuk menghidupkan kanvas solekan anda agar lebih jelita.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.