Tepat untuk Cecair

Keliru dalam menyediakan sukatan cecair yang betul untuk memasak? Ikuti tip mudah yang dikongsikan kali ini.

Jelita - - Dari Pakar... Sajian -

Untuk menyukat cecair, anda harus menggunakan cawan penyukat cecair ataupun sudu. Cawan menyukat cecair biasanya diperbuat daripada kaca ataupun plastik, serta kebanyakannya mempunyai muncung untuk menuang. Elak daripada menggunakan cawan penyukat kering apabila menyukat cecair. Sukatan tidak akan tepat yang menyebabkan perbezaan dalam hasil resipi, terutamanya untuk juadah yang dibakar seperti kek dan roti. Ingat bahawa auns-cecair yang ditandakan pada luar cawan pengukur cecair tidak semestinya sama seperti auns timbangan. Auns-cecair adalah unit sukatan isi padu cecair sementara auns adalah ukuran berat. Air biasa dan air rebusan daging akan mempunyai berat yang sama dalam bacaan auns-cecair dan auns-berat, tetapi kebanyakan cecair lain akan berbeza. Sesetengah penyukat mempunyai ciri bacaan penyukat cecair untuk auns-cecair atau mililiter. Ini akan memberi pilihan untuk menyesuaikan ketumpatan cecair yang anda sukat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.