BOLEH CUBA INI:

Jelita - - Nota Cantik -

Benefit Cosmetics Brow Contour Pro: Item kemasan kening terbaru dengan ciri lebih inovatif bagi memudahkan aplikasi melakar kening. Ia hadir dengan bentuk seakan pen tekan dengan hujungnya mempunyai empat segmen yang berbeza warna dan fungsi iaitu: • Segmen pertama dan kedua ialah pilihan warna untuk melakar bulu kening iaitu rona cerah dan gelap. • Seterusnya, edge definer shade yang berfungsi untuk memperhalusi lagi kesan lakaran kening agar tampak lebih rapi. • Arch highlighter yang mana berfungsi untuk menutupi kesan halus bulu kening dan juga melindungi cela pada kawasan alis mata. • Ia turut kalis air dan tahan 24 jam lamanya tanpa kesan luntur.

Solekan kening anda menjadi lebih mudah dengan hanya satu aplikator sahaja! Benefit Cosmetics Brow Contour Pro, RM169.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.