Fokus Jelita Elak Anak Jadi Mangsa Kemurungan

Hulur bantuan dengan segera pada anak jika terdapat tanda bahawa mereka mengalami masalah kemurungan.

Jelita - - Contents -

Pernah atau tidak anda melihat anak berada dalam keadaan sedih berpanjangan, keletihan, tiada tenaga, cepat marah dan hilang minat dalam aktiviti harian dan ianya berlarutan selama dua minggu? Jika ya, anak anda mungkin mengalami kemurungan bukan hanya sematamata dia memberontak. Kemurungan boleh dihidapi sesiapa sahaja tidak mengira umur, jantina atau bangsa. Ia boleh berlangsung sehingga berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan satu dalam empat individu mengalami gangguan mental pada satu ketika dalam kehidupan mereka. Manakala, penyakit kemurungan menyumbang

sebanyak 4.3 peratus daripada beban penyakit gobal keseluruhan di mana ianya antara penyebab dan punca terbesar morbiditi.

FAKTO PENYEBAB KEMURUNGAN

Menurut Profesor Dr Azizah Othman, Pakar Psikologi Klinikal, Jabatan Pediatrik, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), gejala kemurungan yang ditunjukkan kanak-kanak atau golongan remaja mungkin sedikit berbeza dengan golongan dewasa dan kebiasaannya ibu bapa malah doktor juga boleh terlepas pandang.

Antara faktor yang mungkin boleh membawa kepada masalah kemurungan ialah: * Masalah Kewangan * Pengangguran * Tekanan dan masalah keluarga (penceraian) * Faktor kesihatan * Sejarah kesihatan keluarga * Persekitaran * Penyalahgunaan bahan terlarang * Penderaan “Ibu bapa digalakkan untuk meluangkan banyak masa menyelami isi hati dan perasaan anak sekurang-kurangya satu jam sehari. Komunikasi yang kurang dengan anak menyebabkan anak tidak mempercayai bahawa ibu bapa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi,” tambah Dr Azizah. Didikan daripada ibu bapa penting dan mengajar mereka untuk menghormati rakan dalam pergaulan seharian kerana kanak-kanak sering menjadi mangsa diskriminasi rakan sebaya jika mempunyai kekurangan atau kemampuan yang berbeza.

PANDUAN BANTU ANAK URUSKAN KEMURUNGAN

Sebagai ibu bapa bantuan yang diperlukan anak anda perlu ditiikberatkan kerana ia adalah perkara yang serius. Mungkin ramai yang menganggap ianya hanya perubahan mood. Namun, jika dibiarkan ia mungkin menjadi masalah yang lebih besar pada masa akan datang. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anak menguruskan kemurungan sebelum menjadi lebih teruk.

1 PASTIKAN MEREKA MEMILIKI KEHIDUPAN YANG STABIL Kehidupan yang stabil bermaksud biarkan mereka melalui rutin harian tanpa gangguan. Walaupun membosankan, mereka akan tahu apa yang dilakukan dan tidak mengalami tekanan yang berat. Elakkan menukar sekolah terlalu kerap kerana ia boleh mengganggu rutin dan minda anak.

2 NYATAKAN PERASAAN SAYANG PADA ANAK Sudah pasti ibu bapa menyayangi anak mereka tanpa perlu diberitahu. Namun, ia tidak bermakna bahawa anak tahu jika anda jarang

Kemurungan boleh dihidapi sesiapa sahaja sehingga berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan satu dalam empat individu mengalami gangguan mental pada satu ketika dalam kehidupan mereka.

menyatakan perasaan sayang itu. Oleh itu, biasakan diri untuk menyatakan bahawa anda menyayangi mereka supaya mereka tahu bahawa ibu bapanya sentiasa ada untuk mereka berkongsi masalah. Pelukan juga boleh membantu kerana ia membuatkan mereka rasa dihargai.

3 KERAP BERKOMUNIKASI Komunikasi bersama anak adalah perkara penting. Ia boleh membantu mereka untuk sentiasa bersikap terbuka dengan anda dalam apa jua perkara. Anda boleh bertanya mengenai pembelajaran dan minatnya serta bagaimana hari yang mereka lalui di sekolah. Mereka akan lebih yakin untuk bercerita kepada anda sekiranya mereka mengalami tekanan daripada rakan atau dibuli.

4 DISIPLIN PENTING TETAPI TETAPKAN HAD Pilih perkara yang betul apabila berdisiplin dengan anak. Bukan menjadi ibu bapa yang marahkan anak kerana tidak mengemas bilik dan katil yang berselerak atau membandingkan anak dengan orang lain. Tiada siapa suka untuk dimarahi, jadi suruh anak mengemas bilik dengan nada yang lembut tetapi tegas. Berkomunikasilah secara berhemah dengan anak. Walaupun mereka masih kecil, jangan sekali-kali fikir mereka tidak akan faham arahan yang diberikan. 5 AJAR ANAK TERIMA KEKALAHAN Menang dan kalah adalah adat pertandingan tetapi sukar bagi anak untuk menguruskan kekecewaan yang dihadapi. Bantu mereka fahami konsep kalah dan menang. Beritahu mereka masih boleh mencuba lagi di masa akan datang kerana peluang akan hadir lagi. Jangan pula menyalahkannya jika dia berterusan kalah kerana tindakan ini hanya akan menambah tekanan dan kekecewaan sedia ada. Jika ia menjadi semakin teruk, ibu bapa digalakkan untuk segera merujuk anak mereka di hospital supaya penilaian atau rawatan terperinci boleh dilakukan melalui kaunselor, ahli psikologi atau doktor pakar.

SIMPTOM AWAL KANAK-KANAK MENGALAMI KEMURUNGAN

Sementara itu, Dr Rusdi Abd Rashid, pakar psikologi di Pusat Pakar Universiti Malaya berkata, kemurungan adalah penyakit membabitkan fikiran serta emosi yang dialami seseorang inividu. “Bagi kanak-kanak terutamanya, gangguan kemurungan adalah bergantung kepada persekitaran dan aktiviti seharian yang dilalui mereka,” jelasnya lagi. Memperincikan lebih lanjut mengenai kemurungan yang berlaku terhadap kanak-kanak, terdapat beberapa simptom awal yang boleh dikesan, antaranya: * Mereka akan hilang minat terhadap rutin yang lazimnya menjadi perkara biasa kepada mereka. * Menunjukkan sikap seperti tidak mahu ke sekolah. * Hilang tumpuan ketika belajar. * Prestasi pembelajaran yang merudum. * Masalah disiplin di sekolah seperti terlibat dalam aktiviti merokok atau mengambil dadah dan sering terlibat dalam pergaduhan di sekolah. Bagi kanak-kanak berumur dua hingga enam tahun pula: * Mereka lebih cenderung berkelakuan seakan sering mengalami rasa tidak sihat seperti sakit kepala atau sakit perut. * Tidak aktif seperti biasa. * Mudah marah, kuat merajuk, menengking ketika bercakap dan mudah memberontak tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Sehubungan itu, katanya tanda awal yang boleh dilihat pada kanakkanak sekiranya si cilik mengalami kemurungan adalah dengan mengesan perubahan pada emosi. “Kanak-kanak akan mengalami emosi tak stabil atau mudah baran sekiranya mereka mengalami kemurungan. Pada masa sama, mereka akan berasa putus harap, menunjukkan sikap menyendiri, mengasingkan diri atau suka bersendirian. Sekiranya ada sebarang penolakan terhadap permintaan mereka, hal ini juga akan menjadikan mereka sensitif,” tambahnya. Dr Rusdi juga menjelaskan, situasi lain yang boleh dikesan ialah kanakkanak akan mengadu sakit yang tidak respon kepada rawatan seperti sakit perut atau sakit kepala. Kadang kala juga meraka akan berasa bersalah tanpa sebarang sebab kukuh selain kebolehan berfikir yang terbatas dan paling membimbangkan ialah bila ada keinginan untuk membunuh diri.

“Ibu bapa digalakkan untuk meluangkan banyak masa menyelami isi hati dan perasaan anak sekurang-kurangya satu jam sehari. Komunikasi yang kurang dengan anak menyebabkan anak tidak mempercayai bahawa ibu bapa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi.”

Profesor Dr Azizah Othman

Dr Rusdi Abd Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.