Direktori Di Mana Nak Beli

Jelita - - Contents -

Khusus buat anda yang mementingkan gaya pemakanan sihat, kini anda boleh menjamah rangkaian makanan berkhasiat daripada Marks and Spencer tanpa rasa bersalah. Rangkaian Eat Well ini berkolaborasi dengan chef selebriti Anis Nabilah dan menyediakan resipi enak untuk diet seimbang. Variasi makanan yang boleh anda dapatkan adalah seperti sup dan ikan dalam tin, sos pasta, biskut, oat dan pretzel, serta ia mudah dikenal pasti dengan logo bunga matahari Eat Well yang menjadikan pengalaman membeli barangan dapur lebih mudah. Kesemua bahan makanan yang dijual adalah bebas daripada sebarang pewarna dan perasa tambahan, selain mematuhi garis panduan kalori, lemak, gula serta garam yang menjadikannya selamat dimakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.