Kecantikan Dandanan Sanggul Mini

Cuba mencipta gaya dan penampilan yang berbeza agak mencabar jika anda berambut pendek paras bahu.

Jelita - - Contents -

Dandanan jadi sukar kerana rambut dipangkas pendek? Jangan hadkan diri anda sehingga sedemikian kerana anda masih boleh mencuba pelbagai gaya jika tahu tip, trik dan aturannya. Antara dandanan yang anda boleh cuba ialah mini sanggul dengan ikatan yang longgar (loose style). Apabila anda ingin menggayakan rambut pendek, antara aspek yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan keseluruhan dandanan ialah jenis dandanan yang diinginkan, penggunaan produk penggayaan rambut dan juga trik untuk memastikan kekemasan rambut. Untuk isu ini, penggaya rambut daripada salon, 54 Blanc, menunjukkan langkah ringkas untuk mencipta dandanan mudah walaupun anda mempunyai rambut yang pendek. Penggaya rambut Philex Chin dan Peggy berkata, penggunaan produk penggayaan rambut sangat penting bagi memberikan efek lebih cantik pada sesuatu dandanan rambut supaya rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar. “Sebagai contoh, mungkin anda mempunyai rambut yang agak kering. Untuk itu, anda harus aplikasikan serum atau gel pada rambut supaya proses dandanan menjadi lebih mudah dan menjadikan rambut kelihatan lebih sihat dan cantik bersinar,” katanya. Pembaca yang berpeluang didandan rambutnya bulan ini Alya Natasha Rosli, 22, cukup gembira dapat mencuba gaya rambut ini.

“Selama ini saya hanya ikat ataupun biar lepas macam itu kerana saya tidak pasti dandanan sesuai bagi mereka yang berambut pendek. Tetapi hari ini saya pelajari gaya dandanan yang cantik dengan langkah yang mudah,” ujarnya.

Selepas

Sebelum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.