Nota Cantik Alis Mata Lebih Cantik Dan Kemas

Alis atau kening adalah antara bahagian penting dalam riasan wajah. Jika kemasan kening tidak kemas dan serabut, ia akan mencacatkan penampilan keseluruhan wajah.

Jelita - - Contents -

Dulu, ramai yang kurang menitikberatkan solekan untuk kening. Cukup sekadar bedak dan gincu, nah sudah siap untuk mereka! Kini, semakin ramai yang peka dan inginkan solekan sempurna dengan alis dilakar kemas. Mungkin kening anda agak kurang kemas dan tidak sempurna pada percubaan pertama, bila sudah tahu apakah tip dan tekniknya tentu kening anda lebih cantik selepas itu.

Jelita kongsikan langkah mudah untuk dapatkan solekan kening yang kemas dan natural. * Lukiskan garisan pada bahagian bawah kening menggunakan pensel kening berona coklat. Jangan tekan terlalu kuat untuk melukis garisan di bawah itu, sebaliknya lukis dengan perlahan-lahan dan lembut. Jika tidak, kening akan kelihatan tidak natural. * Kemudian lukiskan juga garisan kening pada bahagian atas. Gunakan pensel kening berwarna coklat. Pastikan garisan tersebut bertemu di bahagian hujung. * Seterusnya, warnakan dengan layangkan pensel kening atau berus menggunakan pembayang mata berona coklat gelap di dalam kawasan yang telah bergaris itu. * Ratakan keseluruhan bahagian kening sehingga ke hujung kening dengan lembut. * Lakukan perkara sama pada bahagian sebelah lagi. Pastikan keduadua kening dilukis dengan bentuk yang sama.

TIP PAKAR KENA CUBA!

Kalau sebut mengenai pakar kening, pasti Benefit Cosmetics jenama yang sinonim. Terdapat seleksi produk yang anda boleh gunakan untuk memastikan solekan alis tampak lebih sempurna dan natural.

“Tip utama dan paling penting dalam langkah solekan kening ialah, mengenal pasti bentuk kening anda terlebih dulu. Ada yang berbentuk serong, natural, tipis, tebal dan sebagainya. Jika tahu jenis bentuk kening anda, mudah buat anda untuk membentuknya.” - Shanice Yong, Jurusolek Kening Profesional Benefit Cosmetics

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.