Dari Spa Adakah Sauna Menguruskan Badan?

Sauna sering dianggap sebagai satu daripada kaedah yang boleh digunakan untuk menguruskan badan, namun sejauh manakah ia berkesan terhadap usaha menurunkan berat badan?

Jelita - - Contents -

Sama ada benar atau tidak ia mampu menurunkan berat badan individu, tiada kajian khusus mengenainya walaupun ramai menganggap sauna adalah antara teknik yang boleh dimanfaatkan untuk memecahkan lemak dalam badan. Raihan Khairani Rozikin, Pengurus Spa Najwa Aesthetic Sdn Bhd berkata, kedua-dua jenis sauna sama ada sauna tradisional atau sauna inframerah, konsepnya sama iaitu dikatakan berfungsi memecahkan lemak. Tapi kaedahnya berbeza kerana sauna tradisional berasaskan air atau wap panas manakala sauna inframerah menggunakan gelombang cahaya. Malah, penggunaan gelombang cahaya juga dikatakan lebih berkesan berbanding wap atau haba. “Mengunjungi sauna adalah satu gaya hidup kini. Bila individu lain mengunjungi sauna, kita pun nak buat juga. Jika melakukan kerja rumah menjadikan kita berpeluh dan dianggap sudah memadai, mungkin dengan sauna ia mempercepatkan lagi proses pemecahan lemak,” jelasnya lagi ketika ditemui di premisnya baru-baru ini. Tambah Raihan, jika individu yang ingin melakukan sauna mempunyai masalah jantung atau diabetik, mereka dinasihatkan supaya berhati-hati kerana bagi pesakit jantung, hawa panas mungkin boleh menyebabkan degupan jantung lebih laju manakala penghidap diabetik pula mereka mempunyai deria rasa yang kurang jadi dikhuatiri hawa panas berlebihan mendatangkan kemudaratan kepada kulit. “Kekerapan melakukan sauna juga bergantung kepada saiz tubuh badan dan tempoh masa ia berlangsung. Kalau kerap melakukan tapi hanya 15 minit setiap sesi, mungkin tidak berkesan. Jadi, dapatkan khidmat nasihat mereka yang tahu mengenainya,” ujarnya. Sehubungan itu, kombinasi melakukan sauna, pengamalan senaman yang mengeluarkan peluh dan minum air mencukupi sesuai dengan berat badan mungkin kombinasi terbaik untuk anda menurunkan berat badan.

Raihan Khairani Rozikin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.