Jurnal Pereka Popular Di Negeri Orang, Gah Di Negara Sendiri

Blancheur, label fesyen yang masih baru, namun ia sudah bertapak kukuh di luar negara. Ikuti sepintas lalu kewujudan Blancheur dengan kegigihan pemiliknya, Datin Haslinda Abdul Rahim.

Jelita - - Contents -

BAGAIMANA BERMULANYA PERJALANAN BLANCHEUR DALAM INDUSTRI FESYEN TEMPATAN?

Blancheur ditubuhkan pada Mei 2015 dan dirasmikan sebulan selepas itu di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur. Ketika itu juga, Blancheur berkesempatan mementaskan koleksi debut pertama yang membariskan koleksi Resort dan busana musim luruh/sejuk 2015. Dua koleksi iaitu Journey dan Soul memaparkan koleksi pakaian santun ready-to-wear dan telekung ikonik khusus untuk Muslimah moden. Perjalanan Blancheur mungkin berlainan sedikit dengan jenama yang lain di mana kami mengorak langkah di luar negara dahulu sebelum dikenali ramai di negara sendiri. Tidak ketinggalan, Blancheur pernah memperagakan koleksinya di Nanjing Fashion Week pada tahun ianya dilancarkan dan mendapat perhatian di sana memandangkan kami satu-satunya jenama yang memaparkan pakaian sopan ketika itu. Tahun berikutnya pula, kami memperagakan koleksi Blancheur di Paris, Dubai dan London.

SEBAGAI JENAMA PAKAR DALAM PEMBUATAN PERSALINAN SANTUN, APAKAH CIRI UTAMA YANG PERLU ADA DALAM MENGHASILKAN BUSANA MUSLIMAH MODEN?

Dua faktor iaitu moden dan tidak membosankan menjadi rencah utama yang boleh menjadikan sesuatu rekaan Muslimah itu kekal relevan dalam

arus perdana. Perkara lain yang perlu dititikberatkan adalah seperti kekemasan daripada segi workmanship, pemilihan fabrik, seni rekaan yang sentiasa segar dan tidak keterlaluan. Itu adalah estetik yang dipegang Blancheur hingga ke hari ini.

SIAPAKAH SUMBER INSPIRASI DI SEBALIK PEMBUATAN KOLEKSI LABEL ANDA?

Selain keluarga yang sentiasa memberi sokongan, pereka fesyen antarabangsa seperti Tory Burch dan The Row banyak mempengaruhi Blancheur dalam menanda aras prestasi perniagaan.

APAKAH YANG MEMBEZAKAN BLANCHEUR DENGAN RUMAH FESYEN SOPAN YANG LAIN?

Kami sentiasa berpegang pada nilai seni yang minimal, moden dan elegan. Selain itu, rekaan pakaian sukan luxe dan kualiti jahitan yang mewah menjadikan nilai Blancheur berbeza dengan jenama lain.

GOLONGAN SASARAN BLANCHEUR DI NEGARA INI?

Menariknya, label fesyen kami adalah untuk semua golongan tidak kira peringkat umur. Kami mengilhamkan setiap helaian untuk mereka yang mementingkan kualiti dan kekemasan dalam pemilihan busana. Pada saya modesty is for everyone!

JENIS FABRIK KEGEMARAN YANG SERING DIGUNAKAN?

Blancheur sangat menggemari fabrik yang berasaskan natural dan organik. Sebagai contoh, kami banyak menggunakan fabrik seperti tensil, sutera, bulu biri, dan kapas tulen pada kebanyakan helaian kami.

PERANCANGAN AKAN DATANG UNTUK MEMASTIKAN BLANCHEUR TERUS MAJU KE HADAPAN?

Blancheur mahu menghasilkan rekaan yang di luar kotak minda penggemar fesyen dunia pada masa, sama kami cuba membuat masyarakat mengingati kami sebagai satu jenama yang mendukung qualityoverquantity melalui rekaan kami yang bersifat fashionforward yetoutrageouslymodest.

PADA PENDAPAT ANDA, SEJAUH MANA PASARAN MUSLIMAH MEMPENGARUHI EKONOMI NEGARA?

Sudah tentu pengaruhnya sangat besar. Lihat sahaja industri fesyen Muslimah yang kian membesar sepanjang hari. Ini disebabkan permintaan yang tinggi daripada penggemar fesyen Muslimah sekali gus membuatkan dunia membuka mata untuk melihat Malaysia sebagai hab kepada fesyen Muslimah antarabangsa. Saya percaya, lima tahun dari sekarang, pasaran ini akan menjadi sumber ekonomi terbesar di Malaysia selepas sektor pelancongan.

BAGI ANDA, PERSALINAN SOPAN INI ADAKAH SATU TREND ATAU REVOLUSI DALAM INDUSTRI FESYEN?

Bagi saya, ia adalah sebahagian daripada gaya hidup. Pakaian sopan adalah pilihan yang akan kekal segar tidak kira dalam apa juga era. Cuma pengadaptasian rekaan mungkin akan berbeza dari masa ke semasa.

KONGSIKAN PENGALAMAN MANIS SEPANJANG PERJALANAN KARIER ANDA?

Melihat jenama ini berkembang pesat seperti penubuhan bilik pameran pertama di Jalan Maarof, Bangsar pada April 2015. Blancheur juga boleh didapati di Isetan Suria KLCC, Just Luxe Store Shanghai, China dan di Haute-Elaan, London. Ini membuktikan bahawa fesyen santun sesuai untuk semua. Tidak semestinya perlu bertudung untuk tampil sopan. Selain itu, sambutan yang diterima sewaktu di London Modest Fashion Week 2017 sangat luar biasa! Ianya lebih dari apa yang kami jangkakan, Alhamdulillah. Tidak lupa juga, jenama telekung premium mampu milik kami yang baru dilancarkan April 2018 diterima baik. Kami berjaya meraih jualan enam angka dalam masa tiga minggu ia dipasarkan.

“Kami sentiasa berpegang pada nilai seni yang minimal, moden dan elegan. Selain itu, rekaan pakaian sukan luxe dan kualiti jahitan yang mewah menjadikan nilai Blancheur berbeza dengan jenama lain.”

Koleksi musim luruh 2017

Persembahan fesyen di London Modest Fashion Week.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.